Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Nak Buat Jika Sijil Yang Dimuat Naik Pada MyResume Hilang?

3,954

Calon yang akan dipanggil temuduga SPA wajib untuk memuat naik dokumen seperti sijil-sijil yang diperlukan melalui platform MyResume.

Tetapi terdapat rungutan daripada calon-calon yang akan melalui proses temuduga bahawa dokumen yang telah diupload hilang secara tiba-tiba.

Apa yang perlu anda lakukan?

CARA MELENGKAPKAN MYRESUME

Anda juga perlu melengkapkan resume dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

  • Untuk melengkapkan resume, anda perlu klik di pautan myResume.
  • Muat naik gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah, sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan dan skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Seterusnya cetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume.

Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

  • Buat semakan pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA.
  • Pastikan anda berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.

Rujuk: Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

DOKUMEN DALAM MYRESUME HILANG, BUAT INI!

Sekiranya dokumen yang anda muat naik ke dalam MyResume tiba-tiba hilang, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Muat naik semula dokumen tersebut mengikut langkah demi langkah ke dalam MyResume.

“Sekiranya mengalami masalah yang sama, apa perlu saya buat?”

Jika anda mengalami masalah yang sama walaupun telah di upload semula, sila:

Apa Nak Buat Jika Sijil Yang Dimuat Naik Pada MyResume Hilang?

Ingat ya, sentiasa check semula MyResume anda kerana khuatir dokumen yang telah diupload hilang secara tiba-tiba dan mengganggu proses temuduga anda nanti.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan kerja, boleh terus ke laman rasmi SPA atau dapatkan tutorial mohon kerja melalui SPA dipautan ini:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPA9, sila layari laman web SPA9 di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...