Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Kerja Pegawai Laut AL41 & Bakal Temuduga TSOI Tak Lama Lagi? Ini Contoh Soalan Temuduga Untuk Anda

1,578

Memang sangat berharap agar dapat mencapai cita-cita sebagai seorang Pegawai Laut Gred AL41 seperti yang diimpikan.

Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan, anda perlu lakukan yang terbaik semasa temuduga dijalankan dengan membuat persediaan sebelum dan semasa temuduga dijalankan.

Dapatkan tips yang dikongsikan disini dan soalan-soalan yang boleh anda jadikan panduan sebagai persediaan untuk temuduga TSOI anda nanti.

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI LAUT GRED AL41

Sebelum anda dapatkan contoh soalan temuduga TSOI Pegawai Laut Gred AL41, berikut adalah beberapa info yang anda perlu tahu mengenai jawatan yang anda pohon.

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan Perikanan
  • Gaji Minimum: RM2,429.00
  • Gaji Maksimum: RM9,637.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

DESKRIPSI TUGAS PEGAWAI LAUT GRED AL41

Nak tahu tak apakah deskripsi tugas sebagai Pegawai Laut Gred AL41?

Deskripsi tugas mengenai jawatan yang dipohon perlu diambil tahu oleh semua calon kerana ia adalah soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga.

Berikut adalah deskripsi tugas sebagi Pegawai Laut AL41:

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

CONTOH SOALAN TEMUUDUGA PEGAWAI LAUT AL41

Selain daripada soalan perkenalkan diri yang ditanya oleh penemuduga, anda boleh dapatkan soalan-soalan lain yang boleh dijadikan panduan sebelum temuduga TSOI seperti berikut:

10 TIPS TEMUDUGA SECARA ONLINE IN SITU (TSOI)/VIRTUAL INTERVIEW SPA

Sebagai calon TSOI dan ini adalah kali pertama buat anda, pastinya anda ingin dapatkan sedikit gambaran atau tips untuk menghadapi TSOI yang akan dijalankan.

Jika anda amalkan 10 tips ini, gerenti anda lulus interview anda nanti!

Berdoa

  • Pastikan anda berdoa sebelum interview dijalankan dan sentiasa berdoa agar interview anda berjalan dengan lancar.

Bersedia lebih awal

  • Walaupun anda ditemuduga dari rumah anda atau lokasi anda, anda digalakkan untuk bersedia dihadapan kamera 30 minit lebih awal.

Persediaan AVL

  • Buat persediaan AVL (Audio, Visual & Lighting) dengan sebaiknya.
  • Ini adalah supaya wajah dan suara anda jelas ketika temuduga dijalankan.
  • Jangan pandang terlalu jauh atau terlalu dekat degan skrin.
  • Pastikan talian internet laju dan tidak tersekat.

Ketrampilan

  • Pakai pakaian yang formal dan lengkap seperti anda hadir temuduga secara bersemuka.
  • Pakaian yang sesuai dipakai oleh calon lelaki adalah kemeja putih dengan tali leher hitam, biru dan warna yang sesuai dengan kemeja anda.
  • Calon wanita digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  • Duduk dengan tegak dan tidak kelihatan stres, lihat pada lens kamera dan senyum sepanjang temuduga dijalankan.
  • Gerakkan tangan anda sekali sekala bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.
  • Gunakan bahasa badan dengan sesuai.

Salam

  • Berikan salam kepada panel penemuduga anda.
  • Gunakan gelaran yang betul kepada penemuduga anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian ke atas panel yang akan menemuduga anda.
  • Anda juga digalakkan untuk bertanya khabar kepada panel dengan sopan untuk membuka bicara serta sila jaga disiplin anda sepanjang temuduga dijalankan.

Pandang lensa kamera

  • Calon digalakkan untuk memandang terus ke lensa kamera dan bukan kepada skrin untuk membuat eye contact dengan panel penemuduga.
  • Buat latihan dengan menggunakan kamera anda. Kemudian lihat semula untuk penambahbaikan.

Bercakap dengan jelas

  • Pastikan suara anda jelas dan menggunakan intonasi yang ketika temuduga anda dijalankan.

Fokus

  • Dengar soalan dengan betul dan fokus dengan soalan yang diajukan.
  • Jangan meminta panel membuat ulangan soalan berulang kali kerana panel akan menganggap anda tidak fokus dengan soalan dan sesi temuduga anda.

Tingkatkan keyakinan diri

  • Pastikan anda membuat kajian tentang jawatan yang dipohon terlebih dahulu.
  • Anda juga boleh mendapatkan maklumat terus dilaman web jabatan/kementerian yang terlibat mengenai jawatan yang dipohon.

Buat latihan simulasi

  • Buat latihan simulasi interview seminggu lebih awal menggunakan kamera dan minta rakan anda membuat penilaian.
  • Perbaiki kelemahan yang ada.
  • Anda juga boleh lihat semula video yang dirakam seterusnya buat penambahbaikan.

Rujuk: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...