Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tema Kemerdekaan Tahun 2021, Susunan Bendera Di Malaysia & Maksud Jata Negara Malaysia

3,937

Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya, agak sedih kerana inilah tahun yang kedua berturut-turut tiada acara rasmi Ambang Merdeka pada lewat malam 30 Ogos ini di seluruh negara susulan situasi semasa penularan wabak Covid-19 yang meningkat dan membimbangkan.

Namun sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu mengambil tahu beberapa perkara berkaitan kemerdekaan seperti tema kemerdekaan pada setiap tahun walaupun tidak diraikan seperti sebelum ini.

Melalui perkongsian ini, anda akan mengetahui beberapa maklumat seperti tema kemerdekaan, logo, susunan bendera dan maksud jata negara.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

TEMA KEMERDEKAAN 2021

Tema Kemerdekaan bagi Tahun 2021 dikekalkan sama seperti tahun lepas iaitu dengan tema berikut:

  • Malaysia Prihatin

Logo yang digunakan juga adalah sama dan mempunyai yang tersendiri.

Tema Malaysia Prihatin dan logonya itu mula diperkenalkan ketika lawatan kerja rasmi beliau ke Kuching, Sarawak pada 10 Julai tahun lalu bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2020.

Tema Hari Kebangsaan 2021 & Gambar Logo

Maksud logo kemerdekaan pula:

  • Logo berbentuk hati dengan corak bendera Jalur Gemilang itu melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berbilang kaum tabah dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

SUSUNAN BENDERA DI MALAYSIA

Adakah anda tahu bagaimanakah susunan keutamaan bendera di Malaysia?

Jika tidak tahu, inilah susunan bendera di Malaysia yang anda perlu tahu.

Cara Susunan

  • Jalur Gemilang
  • Bendera Negeri-negeri (mengikut keutamaan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertu Negeri masing-masing)
  • Bendera Wilayah Persekutuan
  • Bendera Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan
  • Bendera pertubuhan dan persatuan
  • Bendera syarikat

May be an image of text

JATA NEGARA & MAKSUDNYA

Apa pula jata negara dan maksudnya?

Jata negara adalah:

  • Simbol dan identiti bagi kedaulatan sesebuah negara.
  • Lambang rasmi bagi kerajaan persekutuan Malaysia.
  • Digunakan dalam dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan dan pada Panji-panji di Raja.

Maksud bagi setiap logo dan lambang yang ada pada jata negara adalah seperti berikut:

  • Bintang pecah 14: Mewakili 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dalam Malaysia.
  • Bintang bersama anak bulan (bulan sabit): Melambangkan agama Islam sebagai agama persekutuan.
  • Lima bilah keris: Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ia juga dikenali sebagai negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu.
  • Dua harimau di kiri dan kanan: Ia merupakan simbol keberanian yang perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Nama harimau ini adalah Harimau Malaya.
  • Imej pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang: Simbol pokok pinang dan jambatan Pulau Pinang yang terletak di sebelah kiri jata negara ini mewakili negeri Pulau Pinang.
  • Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning: Empat warna yang berada di tengah jata negara adalah mewakili warna bendera empat buah negeri Melayu bersekutu. Warna hitam, putih dan kuning mewakili negeri Perak. Merah dan kuning mewakili negeri Selangor, hitam dan putih mewakili negeri Pahang. Manakala warna merah, hitam dan kuning mewakili negeri sembilan.
  • Imej pokok Melaka: Simbol pokok Melaka yang terdapat pada sebelah kanan jata negara mewakili Negeri Melaka.
  • Tiga logo di sebelah bawah: Logo di sebelah bawah kiri mewakili negeri Sabah, Logo di sebelah bawah kanan mewakili negeri Sarawak. Manakala bunga raya yang terletak di tengah bucu perisai mewakili bunga Kebangsaan.
  • Warna kuning pada awan-awan: Melambangkan sistem beraja dan merupakan warna di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
  • Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu”: Cogan kata ini mewakili intipati bagi negara Malaysia.

May be an image of text

Walaupun ianya adalah jata negara wajib kita sebagai rakyat Malaysia untuk:

  • Menghormati jata negara kerana ia memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum yang pelbagai di negara ini.
  • Menghormati Jata Negara ini dan tidak menghina atau menyalahgunakan samaada untuk kepentingan peribadi ataupun kepentingan golongan tertentu.

Adakah anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Segala maklumat yang dikongsikan ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan sebagai persediaan kepada calon temuduga.

Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...