11 Soalan Temuduga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41 & Deskripsi Tugas

Tahniah bagi calon peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Perusahaan Gred S41 yang berjaya!

Langkah seterusnya pula persediaan untuk temuduga yang akan datang. Jadi, apa yang perlu anda semua lakukan?

Anda juga boleh dapatkan contoh-contoh soalan temuduga Pegawai Perusahaan Gred S41 seperti yang dikongsikan disini untuk rujukan anda. Selain itu, dapatkan juga tips-tips temuduga lain yang turut dikongsikan disini.

INFO RINGKAS PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S41

Dapatkan beberapa info ringkas mengenai jawatan Pegawai Perusahaan Gred S41 kerana maklumat mengenai jawatan pastinya ditanya oleh panel penemuduga.

Info yang berkaitan dengan jawatan yang perlu anda ambil tahu ialah:

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Sumber Manusia
  • Gaji Minimum: RM2,078.00
  • Gaji Maksimum: RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

Calon temuduga juga perlu mengambil tahu apakah tugas-tugas sebagai Pegawai Perusahaan Gred S41 seperti berikut:

  • Bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan
  • Bertanggungjawab ke atas keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja
  • Memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan
  • Memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan
  • Merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.

10 CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S41

Nak tahu soalan-soalan temuduga untuk rujukan? Dapatkan 10 contoh soalan seperti dibawah dan cuba dapatkan jawapan untuk memudahkan temuduga anda nanti.

  1. Ceritakan latar belakang diri anda secara ringkas.
  2. Apakah bidang pengajian anda dan mengapa anda memohon jawatan ini walaupun subjek yang anda belajar tidak berkaitan dengan jawatan ini?
  3. Apakah pengalaman pekerjaan anda sebelum ini?
  4. Apakah tugas-tugas sebagai Pegawai Perusahaan Gred S41?
  5. Apakah perbezaan antara Pegawai Perhubungan Perusahaan dengan Pembangunan Sumber Manusia?
  6. Apakah perbezaan antara Employment dan Industrial Relations?
  7. Bagaimanakah caranya untuk mengira kadar kerugian dalam kemalangan dalam perusahaan?
  8. Tahu tak apa itu PERKESO? Adakah jawatan anda berhubung kait dengan PERKESO?
  9. Bolehkah pekerja yang cedera dalam kemalangan ketika ditempat kerja membuat tuntutan dengan PERKESO?
  10. Dalam 15 jawatan SPA, kedudukan jawatan ini berada di nombor yang berapa?
  11. Apakah isu terkini mengenai perusahaan dan pekerja yang menjadi bualan atau viral pada masa kini?

SOALAN BOLEH DITANYA UNTUK “ADA APA-APA SOALAN TAK?”

Terdapat 7 soalan terkini yang boleh anda tanyakan kepada panel penemuduga sekiranya ditanya “Ada apa-apa soalan tak?”.

Antara soalan-soalan tersebut ialah:

  • Seberapa cepat Cik/Tuan/Puan ingin tempatkan pekerja baru untuk menjawat jawatan ini?
  • Bilakah dan bagaimanakah penilaian prestasi diberikan kepada pekerja di syarikat ini?
  • Selepas Cik/Tuan/Puan melihat tahap kelayakan saya untuk jawatan ini, adakah ianya sesuai dengan apa yang syarikat cari?

Untuk soalan selanjutnya, sila klik sini dan dapatkan soalan-soalan yang boleh ditanya ketika temuduga nanti ya!

Nota: Soalan-soalan ini adalah berdasarkan contoh soalan yang dikongsikan calon sebelum ini. Anda digalakkan untuk membaca info berkaitan jawatan untuk mendapatkan info serta gambaran soalan yang mungkin ditanya oleh ahli panel nanti.

TOPIK-TOPIK BOLEH DIBACA

Antara topik-topik yang boleh anda baca untuk persediaan temuduga ialah:

  • Akta Perhubungan Perusahaan 1967
  • Akta Kerja 1955
  • Ordinan Sabah
  • Ordinan Sarawak

Apakah perbezaan Akta Kerja dan Akta Perusahaan?

Antara perbezaan Akta Kerja dan Akta Perusahaan ialah:

  • Akta Kerja menggariskan terma minima yang perlu ada dalam kontrak pekerja.
  • Akta Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja.
  • Cegah dan selesai perselisihan atau pertikaian.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: 7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.