Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skop Kerja Pembantu Penerangan Gred S19 & Contoh Soalan Temuduga Untuk Rujukan Calon Interview TSOI

3,826

Kebanyakan soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga adalah berkaitan dengan skop kerja atau soalan berkaitan dengan jabatan yang akan ditempatkan sekiranya lulus temuduga nanti.

Jadi, sebagai calon temuduga, anda mestilah mengambil tahu mengenai skop tugasan berkaitan jawatan yang dipohon.

Kadangkala soalan yang diberikan sebenarnya sangat senang untuk dijawab. Tetapi kurangnya persediaan dari calon membuatkan calon tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh penemuduga.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU PENERANGAN S19

Antara info ringkas mengenai jawatan Pembantu Penerangan S19 yang anda perlu tahu ialah:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Penerangan & Pelbagai Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

DESKRIPSI TUGAS

Pastikan anda juga tahu deskripsi tugas mengenai jawatan yang dipohon iaitu tugasan sebagai Pembantu Penerangan S19.

Tugasan sebagai Pembantu Penerangan S19 ialah:

  • Bertanggungjawab membantu Pegawai Penerangan Daerah/ Penolong Pegawai Penerangan melaksanakan kegiatan luar dan kegiatan sivik, menyampaikan ceramah dan penerangan kepada orang ramai, mengumpul dan memajukan laporan reaksi, menyediakan jadual lawatan bulanan, merekod dan mengedar bahan-bahan penerbitan.

SYARAT LANTIKAN

Anda boleh semak syarat lantikan sebagai Pembantu Penerangan S19 seperti berikut:

No photo description available.

May be an image of text

Baca juga: Tips Temuduga Online Untuk Pelbagai Jenis Jawatan KEMAS. Buat Ini Jika Anda Nak Lulus!

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEMBANTU PENERANGAN S19

Selain daripada perkenalkan diri, ada tak soalan yang lain sering ditanya oleh panel penemuduga?

Ada, semak sahaja disini.

  1. Ceritakan matapelajaran yang anda suka semasa disekolah dan mengapa?
  2. Mengapa anda nak jadi Pembantu Penerangan dibawah Jabatan Penerangan?
  3. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia?
  4. Apakah fungsi pegawai perhubungan awam? Ada kaitan dengan jawatan yanga anda pohon tak?
  5. Sanggup atau tidak dihantar bekerja luar daerah?
  6. Bagaimanakah caranya untuk galakkan orang ramai untuk sambut Hari Kemerdekaan?
  7. Bilakah Hari Malaysia?
  8. Macam mana nak meriahkan Hari Kemerdekaan pada musim Covid-19 ini?
  9. Apakah tugas Pembantu Penerangan semasa pandemik Covid-19?
  10. Apakah sumbangan anda sekiranya negara Malaysia dilanda musibah?
  11. Sanggup tak bekerja semasa orang lain bercuti dan menjadi salah seorang frontliner?
  12. Terangkan misi, visi dan objektif Jabatan Penerangan.
  13. Dimanakah lagi Pembantu Penerangan di tempatkan selain daripada Jabatan Penerangan?
  14. Tahu tak apa itu Rukun Negara? Terangkan.
  15. Apakah logo Kemerdekaan kali ini serta maksudnya?
Nota: Banyakkan membaca mengenai Jabatan yang akan ditempatakn, isu semasa, kenegaraan dan bersedia dengan jawapan yang kreatif bagi soalan mengenai perkenalkan diri.

INFO TSOI

  • TSOI oleh SPA telah dilaksanakan mula 15 Jun 2021.
  • TSOI dilaksanakan secara online dari lokasi calon berada.
  • Calon akan menerima emel  mengenai panduan dan arahan lengkap temuduga TSOI daripada SPA.
  • Semak jadual TSOI melalui emel, laman rasmi SPA dan FB SPA.

May be an image of text

Baca juga: 10 Tips Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Virtual Interview. Amalkan & Gerenti Lulus!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...