Ada Urusan Di TNB? Ini Cara Buat Tempahan Temujanji TNB 1 Hari Sebelum Berurusan

Bukan semua urusan boleh diselesaikan melalui online dan pelanggan terpaksa hadir ke kaunter untuk selesaikan segala urusan yang berkaitan.

Begitu juga dengan pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa selesaikan segala urusan yang tidak dapat dilakukan secara online.

Walaubagaimanapun, anda perlu hadir ke Kedai Tenaga TNB secara temujanji agar urusan anda dapat diselesaikan. Dapatkan cara membuat tempahan temujanji TNB disini 1 hari lebih awal.

KEDAI TENAGA TNB

Kedai Tenaga TNB dibuka dengan tujuan untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.

Untuk rekod, TNB mempunyai 125 cawangan Kedai Tenaga di seluruh negara yang beroperasi mulai jam 9 pagi sehingga 1 petang bagi setiap hari bekerja.

Pengguna TNB yang ada sebarang kemusykilan mengenai penggunaan elektrik atau perkhidmatan TNB boleh datang ke Kedai Tenaga TNB yang berdekatan.

Baca juga: Cara Membuat Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melalui Sistem Temujanji Online (STO)

TEMPAHAN TEMUJANJI TNB

Mudah sahaja membuat tempahan temujanji TNB untuk ke Kedai Tenaga TNB seperti yang dikongsikan ini.

Tempah tarikh dan masa pilihan melalui janji temu untuk sebarang urusan di Kedai Tenaga TNB. Tempahan boleh dibuat 1 hari sebelum hingga seawal 14 hari.

Semudah 1,2,3,4 sahaja!

Ini caranya:

Ada Urusan Di TNB? Ini Cara Buat Tempahan Temujanji TNB 1 Hari Sebelum Berurusan

  • Tekan butang Book Now dan isi maklumat yang diperlukan.
  • Anda akan menerima pengesahan janji temu melalui SMS dan E-mel (jika disediakan)
  • Tunjukkan kod janji temu anda kepada staff Kedai Tenaga yang sedia membantu.

Atau, anda boleh sahaja imbas kod QR yang ada pada poster dibawah untuk membuat tempahan temujanji.

May be an image of text that says 'TENAGA NASIONAL Better. Brighter. #TNBtemujanji Anda sekarang boleh menjadualkan janji temu untuk ke Kedai Tenaga melalui myTNB! Imbas di sini Semudah 1-2-3-4! Imbas Kod QR ini ATAU Layari www.mytnb.com.my/TNBtemujanji untuk mulakan tempahan slot anda. 01234 Book Now Tekan butang 'Book Now dan si maklumat yang diperlukan. Anda akan menerima pengesahan janji temu melalui SMS dan E-mel (jika disediakan) Tunjukkan kod janji temu anda kepada staf Kedai Tenaga yang sedia membantu Hujung Untuk maklumat anjut: Hubungi TNB CareLine petang 8:00 agi 5:00 petang cuti -300-8 f TNB Careline @Tenaga... tnbcareline@tnb.com.my TN/eal/20206/00/6419k46'

Wah! Mudah betul membuat tempahan temujanji TNB.

Jadi ingat, buat tempahan temujanji TNB terlebih dahulu. Risau pula nanti anda datang dari jauh tetapi tak dapat masuk ke Kedai Tenaga TNB pula!

Baca juga: Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan elektrik, bil dan sebagainya, sila hubungi:

  • Aduan Elektrik: 15454
  • Akaun/Bil: 1 300 88 5454
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.