Apa akan terjadi sekiranya anda terlepas temujanji vaksinasi? Jangan risau kerana pendaftaran individu sebagai penerima vaksin tidak akan terbatal sekiranya mereka terlepas panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji.
Terdapat 3 fasa bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu:
- Fasa Pertama: Frontliner
- Fasa Kedua: Warga Emas
- Fasa Ketiga: Golongan dewasa 18 tahun ke atas
Seterusnya dapatkan 4 langkah untuk temujanji vaksinasi yang perlu anda patuhi mengikut SOP PKP 3.0 yang telah ditetapkan.
Baca juga: Ujian Pengesanan Covid-19 Percuma Untuk Pelajar IPT Tempatan
TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN MENGIKUT FASA
Isi Kandungan
Tempoh pelaksanaan adalah mengikut fasa seperti berikut:
- FASA PERTAMA: Hujung Februari hingga April 2021
- FASA KEDUA: April hingga Ogos 2021
- FASA KETIGA: Mei 2021 hingga Februari 2022
MAKLUMAN UNTUK TEMUJANJI VAKSINASI
Berikut adalah makluman untuk temujanji vaksinasi yang perlu anda patuhi bagi sepanjang PKP 3.0 bermula 25 Mei hingga 7 Jun 2021:
- Tepati masa yang ditetapkan dan datang 15 hingga 30 minit awal.
- Patuhi SOP yang dtetapkan.
- Walk-in TIDAK DIBENARKAN. Jangan hadir ke tempat vaksinasi tanpa temujanji.
- Anda juga dilarang untuk hadir jika tidak sihat dan jika status di MySejahtera anda adalah:
– Kes yang telah disahkan
– Kontak rapat
– Kes suspek
– Individu dalam pemantauan
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS TEMUJANJI
Pemohon yang sudah menerima SMS boleh menyemak status temu janji di:
- MySejahtera
- vaksincovid.gov.my
- 1800-888-828
Semak temujanji anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau pasport dan nombor telefon berdaftar.
Anda juga perlu sahkan kehadiran dalam masa 48 jam. Jika tidak berjaya menjawab atau anda menjawab TIDAK, tarikh anda akan dijadualkan semula.
Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.