Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong, Jom Melancong Ke Thailand

1,169

Jangan lupa untuk check pasport anda kerana Thailand bakal membuka pintunya kepada lebih ramai pelawat asing dalam usaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.

Jadi, nampaknya selepas ini kita semua boleh ke Thailand semula untuk melancong dan menghayati keindahan alam yang boleh dinikmati disana.

Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong, Jom Melancong Ke Thailand

VISA KHAS PELANCONG TINGGAL LEBIH LAMA (STV)

Sehubungan dengan perkara ini juga, jemaah menteri Thailand telah meluluskan pelan untuk memperkenalkan:

  • Visa Khas Pelancong Tinggal Lebih Lama (STV)

Visa ini diperkenalkan kepada pelawat dari semua negara tidak seperti sebelum ini yang diberikan hanya kepada pelawat dari negara berisiko rendah Covid-19 namun bilangan pelancong yang memanfaatkan kemudahan itu adalah rendah.

”Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong dari 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini.”
Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek

KUARANTIN WAJIB 14 HARI

Semua pelawat asing harus mematuhi peraturan di bawah STV termasuk menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik tiba di negara Thailand untuk melancong.

Di bawah STV yang dilancarkan pada penghujung Oktober lepas, pelancong asing boleh tinggal di negara ini hingga sembilan bulan.

Tetapi mereka perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di fasiliti kuarantin alternatif sejurus tiba, selain memiliki insurans kesihatan yang merangkumi rawatan COVID-19 berjumlah US$100,000.

Bakal Buka Pintu Kepada Pelancong, Jom Melancong Ke Thailand

USAHA MENGEKANG PENULARAN COVID-19

Untuk pengetahuan anda juga, negara Thailand adalah negara pertama di luar China yang melaporkan kes COVID-19 pada Januari tahun ini, menggantung penerbangan komersial serta menyekat kemasukan pelancong asing dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.

Setakat ini Thailand melaporkan keseluruhan 4,126 kes positif COVID-19 dengan 60 kematian.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...