Tiket AirAsia Penerbangan Domestik RM12 Sehala Bermula 7 Disember

Wah! Dah boleh terbang dengan gembiranya walaupun dalam negara sahaja. AirAsia telah menawarkan tawaran tambang penerbangan domestik serendah RM12 untuk sehala sahaja bermula 7 Disember 2020.

Tambang serendah RM12 ini adalah bersempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam Malaysia. Tiket ini akan dijual selama tiga hari dan bermula pada 7 Disember 2020.

TEMPOH PERJALANAN PENERBANGAN DOMESTIK

Untuk ahli BIG, tambang serendah RM12 sehala ini bermula untuk tempoh perjalanan:

  • Antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021
Semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula 7 Disember sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.
Tiket AirAsia Penerbangan Domestik RM12 Sehala Bermula 7 Disember

8 LALUAN DOMESTIK BARU

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat juga menyatakan bahawa AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baru dan menjangkakan promosi Cuti-cuti Malaysia dengan harga bermula RM12 ini dapat memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pendemik di samping memulihkan ekonomi.

E-BOUCER RM50

AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menawarkan e-boucer bernilai RM50 untuk kempen Cuti-cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.

Tiket AirAsia Penerbangan Domestik RM12 Sehala Bermula 7 Disember

AIRASIA UTAMAKAN KESIHATAN & KESELAMATAN PELANGGAN

“Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. jadi Kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan,”

“Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pendemik di samping memulihkan ekonomi.”

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan tempahan penerbangan, sila layari laman web AirAsia berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.