Tak Perlu Beratur Panjang Beli Tiket KTMB Di Kaunter. Ini Cara Beli Tiket Di Kios, Lebih Cepat & Jimat Masa Anda
Tak semua tahu untuk membeli tiket keretapi atau perkhidmatan KTMB secara online. Jadi, tiada pilihan lain selain membuat pembelian tiket dikaunter sahaja dan rela untuk beratur panjang untuk mendapatkan tiket.
Bagi anda yang ingin tahu cara lain membeli tiket selain daripada online dan pembelian tiket di kaunter, anda juga boleh membeli tiket di kios tiket sahaja.
Kios tiket ada di tempatkan disekitar stesen dan anda boleh membuat pembelian di kios sahaja. Tak perlu beratur panjang dan masa anda pun lebih jimat.
PEMBELIAN TIKET TANPA TUNAI DI KIOS TIKET
Isi Kandungan
Tak perlu keluarkan duit! Gunakan sahaja kad bank anda untuk membuat pembayaran belian tiket anda.
Mudah bukan?
Bagi anda yang ingin membuat pembelian tiket boleh mendapatkan cara membeli tiket di kios seperti dibawah.
Baca juga: Pengguna Hotlink, Jom Sertai Kempen Hotlink Top Up & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021. Ini Caranya!
CARA MEMBELI TIKET DI KIOS TIKET
Anda yang ingin membeli tiket di kios tiket, boleh dapatkan cara membeli tiket seperti perkongsian dibawah ini.
Cara 1
- Tekan pada mana-mana butang pada kios tiket.
- Klik Beli Tiket
- Masukan butiran perjalanan anda iaitu tarikh dan masa perjalanan
Cara 2
- Check semula untuk memastikan butiran perjalanan yang dimasukkan adalah betul dan tepat.
- Setelah lengkap anda memasukkan butiran perjalanan, sila imbas mykad anda untuk pengesahan.
Cara 3
- Jumlah bayaran akan dipaparkan.
- Untuk membuat pembayaran, anda hanya perlu membayar tanpa tunai iaitu menggunakan kad bank anda sahaja. (secara debit)
- Imbas kad bank anda untuk membuat pembayaran.
Cara 4
- Setelah bayaran dibuat, sila tunggu tiket anda dicetak.
- Periksa dan pastikan segala butiran yang dicatatkan adalah betul.
- Simpan dengan selamat tiket perjalanan anda.
Mudah dan lebih cepat ya! Tetapi sebelum anda membuat sebarang pembelian tiket, pastikan anda telah lengkap 2 dos suntikan vaksin dan menyediakan dokumen perjalanan dengan selengkapnya agar perjalanan anda menjadi lebih lancar tanpa sebarang masalah.
Selamat mencuba!
Baca juga: Pas Perjalanan Tanpa Had Pelajar & OKU Online MyRail5. Ini Cara Daftar
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.