Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS Tahun 2021

2,238

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) telah membuka permohonan Tingkatan 6 untuk tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mulai 15 Mac 2021.

Sebelum itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi, sila rujuk pautan berikut:

RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini

Dapatkan cara untuk membuat permohonan masuk ke Tingkatan 6 untuk Tahun 2021 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) melalui perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN TINGKATAN 6 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Tarikh permohonan untuk Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS bermula:

  • 15 Mac 2021 hingga 29 Mac 2021

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) KISAS

Antara syarat kelayakan Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS adalah seperti berikut:

  • Warganegara malaysia.
  • Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (spm)
  • Memperolehi kepujian dalam bahasa melayu sekurang-kurangnya 6C.
  • Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab tinggi sekurang-kurangnya 6C.
  • Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C.
    a) Pendidikan Syariah Islamiah
    b) Pendidikan Al-quran & As-sunnah
  • Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
  • Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
  • Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
  • Lulus ujian khas kelayakan (temuduga)
  • Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam stam di KISAS akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui e-mel.

CARA MOHON KEMASUKAN TINGKATAN 6 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) KISAS

Untuk membuat permohonan kemasukan Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS:

Isikan borang melalui pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN

Atau scan QR Code pada iklan permohonan di bawah:

Cara Mohon Tingatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS Tahun 2021

Borang yang siap diisi boleh dihantar ke:

  • PENGARAH,
    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
    ARAS BAWAH DAN 2,
    LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
    (U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan. Dokumen tersebut ialah:

  • Keputusan SPM
  • Kad pengenalan
  • Surat beranak
  • Sijil-sijil kokurikulum
  • Sijil Menengah Agama (SMA)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS, sila hubungi:

  • Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah
  • Telefon: 03-3371 1658
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...