Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

Ramai yang merungut bahawa berat badan semakin naik sepanjang bekerja dari rumah bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1.

Maklumlah, boleh makan apa sahaja tanpa mengira masa kerana masing-masing berada di rumah. Tiada masalah untuk makan apa yang anda inginkan untuk menghilangkan bosan ketika bekerja dari rumah.

Untuk kekalkan gaya hidup sihat sepanjang bekerja dari rumah, kita semua boleh amalkan tips yang dikongsikan oleh Nutritionistkkm ini. Lebih baik mencuba sebelum terlambat!

BEKERJA DARI RUMAH

Pengoperasian pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid iaitu secara keberadaan kakitangan di pejabat dan bekerja dari rumah (BDR) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan sekatan lebih ketat yang diumumkan oleh MKN.

Namun begitu, hanya 20 peratus kakitangan kerajaan akan hadir ke pejabat manakala 80 peratus lagi secara BDR dengan penggiliran namun arahan itu tidak termasuk kakitangan perkhidmatan barisan hadapan.

Pelaksanaan BDR adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR, akan dikenakan tindakan tata tertib di bawah P.U.(A) 395 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Rujuk: PKP 2.0: Dasar Bekerja Dari Rumah Yang Perlu Pekerja Tahu & Patuhi

TIPS BEKERJA DARI RUMAH SECARA SIHAT

Apa yang anda perlu amalkan sepanjang bekerja dari rumah secara sihat agar badan anda sentiasa cantik adalah:

RANCANG WAKTU MAKAN & SNEK ANDA

  • Rancanglah waktu makan anda dengan baik walaupun anda bekerja di rumah. Jangan skip sarapan pagi kerana ia menyebabkan anda akan makan dengan lebih banyak lagi pada waktu yang lain.

Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

AMALKAN KONSEP SUKU SUKU SEPARUH KETIKA WAKTU MAKAN UTAMA

  • Anda boleh amalkan konsep suku-suku separuh. Gaya hidup sihat bukannya tak makan, tapi control gaya pemakanan anda ya!

Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

PILIH SNEK YANG LEBIH SIHAT

  • Tukar snek kegemaran anda kepada snek yang lebih sihat. Anda boleh menggunakan contoh ini untuk membuat pemilihan snek yang lebih sihat.

Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

FOKUS PADA MAKANAN, ELAK MAKAN DI MEJA KERJA

  • Ingat, jangan bawa makanan dimeja kerja anda! Makan di dapur dan pastikan anda memilih makanan yang berkhasiat ya!

Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

LAKUKAN SENAMAN RINGAN SEMASA WAKTU BEKERJA 

  • Pastikan senaman dilakukan semasa rehat anda sekurang-kurangnya 15 minit semasa waktu bekerja.

Tips Bekerja Dari Rumah Secara Sihat & Amalkan Agar Berat Badan Serta BMI Anda Kekal Cantik Sepanjang PKP

Jadi, kalau takut berat badan semakin naik semasa bekerja dari rumah, amalkan sahaja tips yang dikongsikan ini. Ingat, fokus waktu bekerja anda dan jaga kesihatan.

Baca juga: Tips Kurangkan Lemak & Minyak Semasa Sediakan Makanan Daripada NutrionistKKM. Jom Cuba Sebelum Terlambat!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.