Nak Beli Barang Gajet Secara Online? 6 Tips Sesuai Untuk Membeli Gajet Secara Online Sebagai Panduan Anda!

Di musim PKP atau PPN ini, ramai yang suka membeli barang secara online sahaja termasuklah gajet kerana pelanggan tak perlu lagi keluar ke rumah untuk membuat pembelian.

Jadi, buka sahaja aplikasi pembelian secara online seperti Shopee dan Lazada seterusnya buat pilihan barang yang ingin dibeli seterusnya buat pembayaran.

Namun ada sahaja seller yang tidak jujur dan menipu pelanggan sehinga ia mengakibatkan kerugian kepada pembeli. Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku lagi, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri (KPDNHEP) telah berkongsikan 6 tips untuk membeli gajet secara online buat anda.

Baca juga: Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

6 TIPS BELI GAJET SECARA ONLINE

Seperti yang telah dinyatakan, KPDNHEP telah berkongsikan 6 tips untuk diamalkan oleh pengguna sebelum membeli gajet secara online.

Tips yang dikongsikan ini sangat berguna kerana ia berjaya membantu pembeli daripada menjadi mangsa penipuan sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

Mungkin ada yang ingin membeli gajet dengan harga yang paling murah sehingga menjadi mangsa penipuan. Duit dah habis, barang tak sampai-sampai.

Jadi, apakah 6 tips untuk membeli gajet secara online yang boleh anda amalkan agar tak jadi mangsa penipuan? Semak disini.

Pilih Kedai

  • Pilih kedai online yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik. Banyak pembelian, insyaAllah perkhidmatan yang diberikan juga adalah sangat baik.

Semak

  • Lihat  berapa banyak review baik diberikan pada bahagian review dan anda boleh lihat sama ada kedai tersebut boleh dipercayai atau tidak serta barang yang dijual berkualiti atau tidak.

Jangan Terpedaya

  • Ingat ya, jangan mudah terpedaya dengan iklan harga yang terlalu murah serta tidak masuk akal. Silap-silap yang sampai pada anda nanti mungkin dummy atau langsung tidak berkualiti.

Baca & Faham

  • Buat sedikit kajian tentang gajet yang anda ingin beli. Baca dan fahami spesifikasi gajet dengan teliti. Banyakkan membaca dan ambil tahu dan jangan main beli aje barang yang anda perlukan.

Jaminan Sah

  • Baca review dan pastikan gajet yang akan anda beli mempunyai jaminan yang sah. Jangan main hentam beli aje ye.

Perbandingan Harga

  • Bandingkan harga terkini gajet yang ingin dibeli dan semak spesifikasi teknologi yang betul. Risau juga kalau guna tiba-tiba meletup kerana tidak sesuai dengan spesifikasi elektrik di Malaysia contohnya.

Harapnya anda semua boleh menggunakan 6 tips yang dikongsikan ini agar tidak tertipu atau menyesal setelah membuat pembelian secara online.

Baca juga: Cara Kembalikan Duit Refund Kepada Penjual Di Shopee. Ikut Tutorial Ini

May be a cartoon of text that says 'PERDAGANGAN DAN+ EHWAL PENGGUNA 6 TIP UNTUK MEMBELI GADJET SECARA NLINE Kita Online Dulu Pilih kedai online yang dipercayai & mempunyai reputasi baik 2 Semak dahulu review gadjet yang hendak dibeli 3 murah Jangan terpedaya dengan gadjet berharga 4 teliti Baca dan fahami spesifikasi gadjet dengan 5 yang sah. Pastikan gadjet yang dibeli mempunyai jaminan Bandingkan harga terkini gadjet yang ingin dibeli dan semak spesifikasi teknologi yang betul. @KPDNHEP KPDNHEP TV'

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.