Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tips Berhenti Merokok Sepanjang Bulan Ramadan & Seterusnya

1,084

Setiap perokok tegar pastinya berniat untuk berhenti merokok terutamanya menjelang bulan Ramadan kerana ramai yang menyataan bulan ini adalah bulan yang terbaik untuk berhenti merokok.

Untuk terus konsisten bukanlah satu perkara yang mudah dan anda perlu dapatkan tips yang sesuai untuk diamalkan agar ianya berterusan dan menjadikan anda lebih sihat berbanding sekarang.

Untuk menjadikan impian anda untuk berhenti merokok sebagai satu kenyataan, ikuti tips yang dikongsikan dan semoga anda terus istiqomah tidak merokok sehingga ke bulan-bulan yang seterusnya.

Baca juga: Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

TIPS BERHENTI MEROKOK DI BULAN RAMADAN

Ingat, sepanjang bulan puasa, anda telah berjaya menahan daripada ketagihan untuk merokok lebih daripada 12 jam. Satu kejayaan yang terbesar buat anda. Tahniah!

Seterusnya, lengkapkan lagi baki 12 jam selepas berbuka hingga waktu sahur esoknya tanpa sebarang rokok.

Antara tips yang boleh anda amalkan ialah:

  1. Elakkan merokok selepas berbuka puasa. Makan makanan yang terhidang seterusnya solat Maghrib, hadir ke masjid untuk solat Isyak dan bersolat Tarawih secara berjemaah.
  2. Jangan sesekali anda membeli stok rokok untuk simpanan anda. Sekurangnya ia membantu anda mengelakkan diri daripada kembali terjebak merokok.
  3. Jauhkan diri daripada rakan atau persekitaran yang berkaitan dengan merokok. Pengaruh rakan-rakan juga sangat kuat untuk mempengaruhi anda untuk kembali merokok semula.
  4. Tanamkan azam yang ikhlas untuk berhenti merokok pada bulan Ramadan yang mulia agar anda dapat berhenti merokok buat selamanya.
  5. Makan buah-buahan sekiranya rasa ingin merokok selepas berbuka puasa.
  6. Kemudian berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar hajat untuk berhenti merokok dimakbulkan.

BAHAYA MEROKOK

Tahukah anda bahawa merokok adalah sangat membahayakan seperti:

  • Membahayakan nyawa kanak-kanak.
  • Mengganggu kesuburan lelaki.
  • Mengakibatkan strok, sakit jantung, kanser paru-paru.

KELEBIHAN BERBUKA PUASA DENGAN KURMA

Terdapat beberapa kelebihan berbuka puasa dengan kurma iaitu:

  • Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.
  • Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai alas perut sebelum memakan makanan yang lebih berat.
  • Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehidrasi.
  • Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
  • Antioxida: Kurma kaya dengan antioksida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.

Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi S.A.W. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud).
Tips Berhenti Merokok Sepanjang Bulan Ramadan & Seterusnya
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...