Confirm Daging Tak Liat Selepas Amalkan Tips Kekal Kelembutan Daging Ini

Sedap betul masak kicap daging ni! Tapi kenapa bila makan lebih liat dari getah pula ni?

Anda tahu tak cara atau tips yang boleh digunakan untuk memastikan daging yang dimasak lembut dan boleh dikunyah tanpa rasa seperti getah lagi?

Ada tipsnya. Jom try agar daging sentiasa lembut dan senang dimakan nanti.

Baca juga: Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

TIPS LEMBUTKAN DAGING

Untuk melembutkan daging, anda oleh mencuba beberapa tips yang dikongsikan disini:

1. Tambahkan biji kurma dalam masakan

Caranya sangat mudah dilakukan. Anda juga boleh pilih sama ada gunakan buah kurma atau masukkan bijinya sahaja. Kedua-dua teknik masih berkesan bagi memastikan daging lembut dan tidak liat semasa memasak. Anda hanya perlu memasukkan beberapa biji buah kurma atau beberapa butir biji kurma ke dalam masakan. Tetapi, anda diingatkan kuantitinya jangan terlalu banyak. Kalau tak, daging anda bukannya lembut, tetapi hancur.

2. Potong daging kecil-kecil

Mula-mula sebelum kita menggoreng daging, korang perlu lah potong daging kecil-kecil supaya cepat ianya masak dan memudahkan proses untuk menggoreng.

3. Guna api sederhana

Untuk menggoreng daging, korang perlu guna api yang sederhana sahaja supaya daging masak dengan baik. Jangan guna api kuat kerana risau daging bentan. Selepas air daging sudah kering, boleh angkat dah.

4. Daun nangka

Jika anda ingin menggunakan daun nangka, anda hanya perlu memasukkan beberapa daun nangka bersama nangka ke dalam masakan daging atau air rebusan daging tersebut. Bagi menjaga kebersihan, anda hendaklah membasuh daun tersebut sehingga bersih terlebih dahulu sebelum memasukkan ke dalam periuk.

5. Perap dahulu sebelum masak

Teknik seterusnya jika anda ingin elak daging liat semasa masak ialah dengan memerap daging terlebih dahulu sebelum memasak. Daging yang telah dipotong dan hendak dimasak perlu diperap selama lebih kurang 15 minit bersama sedikit cuka. Kemudian, toskan daging sehingga kering dan masak seperti biasa.

6. Ketuk daging 

Seterusnya dalam mengelakkan daging menjadi liat semasa masak ialah mengetuk daging. Alatan mengetuk daging yang anda boleh gunakan ialah mallet, meat tenderizer atau pengetuk daging. Anda hanya perlu ketuk bahagian lembut daging secara perlahan dan ketuk secara kuat pada bahagian keras daging.

Apabila sudah selesai mengetuk daging tersebut, anda boleh teruskan proses memasak daging tersebut dengan memotong daging kecil-kecil mengikut saiz yang anda mahukan.

7. Daun betik

Gunakan betik dalam memasak daging. Petua yang kebiasaan digunakan boleh memilih sama ada anda hendak menggunakan daun betik ataupun buah betik muda. Kedua-duanya berupaya menjadi agen pelembut daging dan mengelakkan daging menjadi liat semasa masak.

8. Cuci daging dengan nenas

Anda hanya perlu memerap daging yang telah dicuci bersih dengan nenas yang telah dikisar halus selama 30 minit. Kemudian, anda bersihkan daging tersebut dengan air bersih. Biarkan seketika sebelum dimasak. Perapan yang dilakukan berpotensi melembutkan bahagian daging yang keras dan liat.

Adakah anda mempunyai kaedah yang lain selain daripada tips diatas?

9 BAHAGIAN DAGING LEMBU

Terdapat 9 bahagian daging lembu yang anda perlu tahu iaitu:

  • Chuck
  • Rib
  • Short loin
  • Sirloin
  • Round
  • Plate
  • Brisket
  • Shank
  • Flank

Confirm Daging Tak Liat Selepas Amalkan Tips Kekal Kelembutan Daging Ini

Selepas ini confirm daging dah tak liat dan tak ada rasa macam. makan getah lagi kan?

Apa pun, jaga pemakanan anda kerana kesihatan yang baik sangat penting buat kita semua!

Baca juga: Tips Kurangkan Lemak & Minyak Semasa Sediakan Makanan Daripada NutrionistKKM. Jom Cuba Sebelum Terlambat!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.