9 Tips Buat Pemilik Kereta Yang Ditenggelami Air/Banjir. Sebelum, Ketika & Selepas Banjir, Kos Baik Pulih Pun Tak Mahal!

Banyak betul kereta yang tersadai dan ditenggelami banjir! Sebagai pemilik kereta, apa yang perlu dilakukan?

Ramai yang tak tahu apa yang perlu dilakukan dan sudah pasti mati kutu dibuatnya kerana kereta kegunaan keluarga dan sendiri berulang alik pergi kerja rosak akibat banjir.

Gunakan sahaja 9 tips berguna ini agar kereta anda boleh diselamatkan dan jumlah kos untuk dibaiki tidak terlalu mahal.

9 TIPS KOS BAIK PULIH KERETA MURAH AKIBAT TENGGELAM BANJIR

Terdapat 3 fasa untuk menjadikan kos baik pulih kereta yang rosak akibat tenggelam air/banjir.

Jika anda ikuti setiap tips yang dikongsikan ini, Insya Allah kos baik pulih kereta menjadi lebih murah dan berbaloi.

Jimatkan wang anda untuk kegunaan yang lain juga seperti pakaian, makanan dan baik pulih kediaman anda yang rosak akibat banjir.

9 tips tersebut ialah:

SEBELUM TENGGELAM

  • Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
  • Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.
  • Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.

KETIKA TENGGELAM

  • Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.

SELEPAS BANJIR SURUT

  • Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!
  • Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
  • Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
  • Sistem elektronik boleh selamat. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.
  • Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan.

Anda juga diingatkan untuk memilih bengkel yang boleh dipercayai dan tidak mengambil kesempatan terhadap pemilik kenderaan. Jangan sampai sudah jatuh ditimpa tangga pula ya!

9 Tips Buat Pemilik Kereta Yang Ditenggelami Air/Banjir. Sebelum, Ketika & Selepas Banjir, Kos Baik Pulih Pun Tak Mahal!

Selain itu, anda semua juga dinasihatkan untuk menyediakan beg kecemasan atau Bug Out Bag (BOB) dan pastikan beg kecemasan anda mengandungi peralatan-peralatan seperti berikut:

Malahan, kerajaan Malaysia juga ada menyediakan beberapa bantuan serta inisiatif. Klik sini untuk ketahui apakah jenis-jenis bantuan dan inisiatif yang diberikan.

9 Tips Buat Pemilik Kereta Yang Ditenggelami Air/Banjir. Sebelum, Ketika & Selepas Banjir, Kos Baik Pulih Pun Tak Mahal!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.