Kit Ujian Kendiri Covid-19 & Ketahui Tips Selamat Guna Kit Ujian Kendiri Yang Dikongsikan KKM Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan 6 Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan ianya boleh didapati di farmasi yang berdekatan dengan anda.
Namun, anda perlu jujur dengan diri sendiri sekiranya melakukan ujian ini dan perlu update MySejahtera anda.
Ingin buat ujian Covid-19 dengan Kit Ujian Kendiri Covid-19? Ikuti tips selamat yang dikongsikan oleh KKM ini.
JENIS KIT
Isi Kandungan
Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang boleh digunakan adalah yang mendapat rekomendasi dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Senarai jenis kit ujian ini akan dikemaskini di laman web MDA dari semasa ke semasa.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit
CARA PENGGUNAAN KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Cara penggunaan Kit Ujian Kendiri Covid-19 adalah seperti berikut:
Sebelum memulakan prosedur
- Membaca arahan penggunaan kit dengan teliti.
- Memeriksa dan memastikan kit lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
- Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
- Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
- Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
- Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya pelitup muka dan sarung tangan bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
- Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
Prosedur ujian
- Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
- Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
- Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.
Selepas melakukan prosedur
- Memastikan semua alatan kit dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna.
- Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah.
- Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian.
- Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
PELAPORAN KEPUTUSAN
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda dapat keputusan?
- Semua keputusan ujian sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.
- Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Keputusan ujian positif
- Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
- Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, Covid-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya.
- Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.
Keputusan ujian negatif
- Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
- Sekiranya individu berkenaan kontak kepada kes Covid-19, individu itu perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.
- Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.
Baca juga: Selepas Ini Dah Boleh Uji & Kesan Status Covid-19 Sendiri Di Rumah. Ini 2 Kit Ujian Kendiri Covid-19
SENARAI TERKINI KIT UJIAN KENDIRI COVID-19
Anda boleh dapatkan senarai terkini 6 jenis Kit Ujian Kendiri Covid-19 seperti jadual dibawah:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.