Tips Temuduga Kerja Personel MySTEP Di Mana-Mana Jabatan. Persiapan Diri & Dokumen Sangat Penting, Jangan Lupa Ya!
Walaupun anda bakal menghadiri temuduga Personel MySTEP, pastikan segala persediaan dilakukan dengan sebaiknya.
Ini kerana anda bakal mengutip pengalaman yang berharga dan yang paling utama, anda perlu mendapatkan pekerjaan yang telah anda pohon walaupun ianya adalah dalam tempoh kontrak.
Disini disediakan beberapa tips yang boleh anda amalkan semasa hadir temuduga Personel MySTEP berdasarkan pengalaman calon temuduga sebelum ini. Semoga berjaya!
APAKAH ITU MYSTEP?
Isi Kandungan
- MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
- Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
1. Penempatan di Sektor Awam
2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya - Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
- Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik
MANFAAT YANG DIPEROLEHI
Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:
- Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MYSTEP?
Kelayakan adalah mengikut kategori seperti berikut:
SEKTOR AWAM
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun keatas
- Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
- Menganggur
GLCs & RAKAN STRATEGIK
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun keatas
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
- Menganggur
TIPS TEMUDUGA PERSONEL MYSTEP
Sebelum hadir temuduga Personel MySTEP, anda sila buat persediaan seperti berikut:
- Sediakan pakaian dengan kemas dan bersih
- Sediakan dokumen seperti sijil dan pastikan salinan sijil anda telah disahkan
- Sediakan salinan resume sebanyak 3 keping untuk diberikan kepada ahli panel.
- Jangan lupa untuk sediakan gambar ukuran pasport sebanyak 2-3 keping untuk dilekatkan pada borang maklumat diri sebelum masuk temuduga.
- Ambil tahu mengenai jabatan yang anda bakal hadir temuduga.
- Akhir sekali datang awal 15-30 minit sebelum temuduga dijalankan.
Apabila anda sampai ditempat temuduga, pastikan:
- Duduk dan Bersedia
- Tunggu nama anda dipanggil dan dengar taklimat oleh staf temuduga
Jangan gelabah nanti jika soalan yang dikemukakan agak sukar untuk anda jawab dan jangan pula jawab tak tahu.
Amalkan tips ini jika soalan yang ditanya agak sukar untuk anda jawab,
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PERSONEL MYSTEP
Antara contoh soalan yang akan ditanya ialah:
1. Ceritakan tentang diri anda
“Saya adalah seorang graduan dalam bidang [bidang pengajian anda] dari [nama universiti]. Saya mempunyai pengalaman bekerja selama [bilangan tahun] dalam [bidang atau industri yang berkaitan]. Saya seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab, dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap tugas yang diberikan. Selain itu, saya juga aktif dalam aktiviti sukarelawan dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik, yang saya percaya sangat penting dalam menjalankan tugas di jabatan ini.”
2. Bagaimanakah cara kerja di jabatan ini?
“Setahu saya, jabatan ini beroperasi dengan memfokuskan kepada [nyatakan matlamat atau objektif utama jabatan]. Setiap pekerja di sini mempunyai peranan khusus dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai objektif jabatan. Selain itu, jabatan ini juga mengamalkan pendekatan yang sistematik dan efisien dalam setiap proses kerja untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik kepada masyarakat.”
3. Mengapa anda nak bekerja di jabatan ini?
“Saya berminat untuk bekerja di jabatan ini kerana saya percaya ia memberi peluang kepada saya untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Selain itu, saya juga tertarik dengan budaya kerja dan nilai-nilai yang diterapkan di sini, yang saya rasa selari dengan prinsip dan nilai peribadi saya. Saya juga melihat banyak peluang untuk pembangunan kerjaya dan peningkatan kemahiran di sini.”
4. Apakah skop kerja ini?
“Skop kerja untuk jawatan Personel MySTEP merangkumi [nyatakan tugas-tugas utama seperti pengurusan data, penyediaan laporan, sokongan operasi harian, dsb.]. Selain itu, jawatan ini juga memerlukan saya untuk bekerjasama dengan pasukan lain, memastikan segala urusan pentadbiran berjalan lancar, dan memberi sokongan teknikal atau logistik apabila diperlukan.”
5. Adakah anda bersedia untuk bekerja lebih masa (OT) walaupun tiada bayaran OT disediakan kerana jawatan Personel MySTEP tiada peruntukan bayaran OT?
“Ya, saya bersedia untuk bekerja lebih masa jika keadaan memerlukan. Saya memahami bahawa ada kalanya kerja perlu diselesaikan dalam tempoh masa tertentu dan saya komited untuk memastikan tugasan saya dilaksanakan dengan baik walaupun tanpa bayaran OT.”
6. Bolehkah anda bekerja disini walaupun tempat tinggal anda jauh?
“Ya, saya boleh bekerja di sini walaupun tempat tinggal saya jauh. Saya sudah membuat persiapan yang perlu untuk memastikan perjalanan harian saya tidak akan mengganggu prestasi kerja saya. Saya juga mempertimbangkan untuk berpindah lebih dekat sekiranya diperlukan.”
7. Siapakah pengarah di jabatan ini?
“Berdasarkan pengetahuan saya, pengarah jabatan ini adalah [nama pengarah]. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam [bidang yang berkaitan] dan telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan jabatan ini.”
8. Adakah anda bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai?
“Ya, saya bersedia untuk ditempatkan di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai oleh pihak jabatan. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza.”
9. Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda diminta untuk melakukan kerja lain selain daripada skop jawatan?
“Saya akan menerima tugasan tersebut dengan sikap positif dan melihatnya sebagai peluang untuk belajar dan menambah pengalaman. Saya akan memastikan tugasan tersebut diselesaikan dengan sebaik mungkin sambil mengutamakan tugas-tugas utama saya.”
10. Ada apa-apa soalan yang ingin ditanya?
“Saya ingin bertanya mengenai peluang pembangunan kerjaya di jabatan ini. Adakah terdapat program latihan atau kursus yang boleh membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya? Selain itu, saya juga ingin tahu tentang budaya kerja di sini dan bagaimana jabatan ini menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan peribadi.”
Ingat, sediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon agar anda mempunyai soalan yang boleh disoal kepada panel penemuduga nanti.
Selain itu juga, kemungkinan besar anda disoal dalam bahasa Inggeris mengikut jawatan yang dimohon. Dapatkan beberapa contoh soalan yang dikongsikan ini dan hafal.
Diharap tips yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda. Lakukan yang terbaik kerana jawatan Personel MySTEP ini memberikan anda 1001 pengalaman yang sangat berharga.
UPDATE TERKINI MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.