Tipu Sunat Je Ketika Interview, Nanti Panel Salah Faham. Tak Pasal Kena Reject!

Kadangkala calon temuduga ni nak nampak macam dialah calon yang paling dicari oleh oleh bakal majikan.

Sampai ada yang sanggup menipu sunat semata-mata nak jual diri semasa interview nanti. Jangan buat tau!

Mengapa? Sebabnya, bila panel salah faham, silap-silap anda yang kena reject sebab alasan yang anda berikan mungkin tak masuk akal atau jawapan anda tu, disalah faham pula oleh panel.

PENGALAMAN TIPU SUNAT SEMASA INTERVIEW

Seorang calon yang mendapat temuduga bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menceritakan pengalamaan beliau yang telah menipu sikit semasa interview.

Itu adalah sedikit kesilapan beliau dan menyebabkan jawapan yang beliau berikan di twist sedikit oleh ahli panel yang bertanyakan soalan tersebut.

Mungkin pada anggapan panel tersebut, jawapan yang diberikan mempunyai agenda tertentu dan tidak datang daripada calon itu sendiri.

Jom kita tengok proses-proses pengalaman calon ini menerusi temuduga yang beliau lalui sebelum ini.

Ingat, jangan ikut apa yang calon ini lakukan. Tapi, beliau telah lakukan yang terbaik dalam sesi interview beliau. Cuma nasib tidak menyebelahinya sahaja. Semoga ada sinar baharu buatnya ya!

KESILAPAN KETIKA TEMUDUGA

Apa yang menyedihkan, calon ini telah melakukan satu kesalahan yang sangat dipandang serius oleh panel temuduga iaitu:

  • Beliau telah terlambat datang 15 minit daripada waktu sepatutnya.

Kemudian beliau mengikuti prosedur yang telah diaturkan seperti berikut:

  • Drop semua sijil-sijil yang diminta oleh staf yang bertugas, scan barcode dan dapatkan nombor giliran.
  • Masuk ke ruang temuduga dan duduk dengan tertib.
  • Serahkan dokumen kepada panel penemuduga.
  • Kemudian panel penemuduga meminta calon menceritakan latar belakang.
  • Panel bertanyakan kepada calon penemuduga mengapa calon mengambil kos psikologi dan beliau menceritakan sebab-sebabnya.
  • Segala jawapan yang diberikan memuaskan hati semua panel.
  • Apabila ditanya soalan mengenai skop tugas seorang Seorang calon yang mendapat temuduga bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, beliau berjaya memberikan jawapan dengan betul dan tepat.
  • Calon tersilap memberikan jawapan dengan menipu sunat dengan tujuan menunjukkan bahawa beliau pernah menyumbang sesuatu kepada masayrakat dan negara.
  • Sayangnya jawapan yang diberikan menyebabkan panel terus counter semula calon.
  • Kemudian penemuduga bertanyakan mengenai program JKM untuk orang OKU.
  • Akhir sekali soalan yang biasa tetapi juga dijawab biasa oleh calon. Terus panel buat muka. Nampak sangat tak sesuai jadi pegawai (mungkin)
  • Memang benar, calon ini gagal dalam temuduga.

CONTOH SOALAN

Antara contoh soalan yang diajukan kepada calon ini ialah:

  1. Ceritakan sedikit latar belakang anda.
  2. Kenapa ambil kos Psikologi dan Psikologi Pendidikan?
  3. Apa research yang anda buat semasa ambil kos ini?
  4. Berikan kesimpulan dalam research yang anda lakukan.
  5. Nyatakan skop tugasan anda.
  6. Pernahkah anda menyertai mana-mana kerja sukarelawan sebelum ini?
  7. Jika tidak pernah sertai kerja sukarelawan, bagaimana nak handle aktiviti jika anda dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
  8. Apakah program-program yang JKM buat untuk orang-orang OKU?
  9. Mengapa kami patut ambil anda untuk menjawat jawatan ini?

Berikan jawapan yang paling terbaik. Jangan matikan jawapan anda. Sebaliknya huraikan dengan sedikit fakta yang menarik perhatian panel. Jangan minta panel bertanyakan soalan yang sama berulangkali.

Akhir sekali, calon ini menekankan agar anda memberikan jawapan dengan jujur dan jangan sesekali menipu.

Tipu Sunat Je Ketika Interview, Nanti Panel Salah Faham. Tak Pasal Kena Reject!

Tipu Sunat Je Ketika Interview, Nanti Panel Salah Faham. Tak Pasal Kena Reject!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: Apakah Sumbangan Anda Untuk Kerajaan Sebelum Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam? 5 Tips Cara Jawab

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.