Untuk lebih meyakinkan pengguna akibat perbuatan scammer yang sering memperdayakan pelanggan Maybank dengan menghantar SMS TAC sehingga kehilangan wang dari akaun, Maybank telah memperkenalkan satu kaedah yang lebih selamat iaitu Secure2u.
Baca juga: Pengguna Maybank2U, Hati-Hati Dengan Laman Web Palsu & Ini Cara Block
Untuk menggunakan Secure2u, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Jadi, dapatkan cara-cara untuk membuat pendaftaran Secure2u melalui perkongsian ini dan diharapkan Secure2u dapat membantu pelanggan Maybank daripada terus menerus menjadi mangsa scammer.
JUMLAH TRANSAKSI YANG BOLEH MENGGUNAKAN SECURE2U MAYBANK
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, jumlah transaksi yang boleh menggunakan Secure2u tanpa nombor TAC adalah:
- RM5,000 dan ke atas
TARIKH MULA SECURE2U MAYBANK
Menurut Maybank, tarikh mula penggunaan Secure2u adalah pada:
- 16 Februari 2021
https://www.facebook.com/Maybank/posts/4252065278159602
CARA PALING SELAMAT UNTUK SAHKAN TRANSAKSI
Menurut maybank, Secure2u adalah cara yang paling selamat untuk mengesahkan transaksi.
Maybank menasihatkan agar anda meningkatkan tahap keselamatan peranti seperti menggunakan sensor cap jari, PIN atau lain-lain ciri keselamatan, elak tinggalkan peranti semasa sedang melakukan transaksi dan log keluar akaun setelah melakukan transaksi.
CARA DAFTAR SECURE2U MAYBANK
Untuk membuat pendaftaran Secure2U, anda perlu:
- Seterusnya klik SECURE2U pada bahagian kanan menu.
- Fahamkan apa itu Secure2u agar anda tidak terkeliru.
- Baca tutorial mendaftar dan cara penggunaan Secure2u.
- Login masuk ke Maybank2u
- Sahkan nombor telefon anda iaitu nombor telefon yang sama digunakan untuk menerima SMS TAC.
- Tunggu SMS OTP dihantar ke telefon bimbit anda.
- Masukkan nombor OTP yang anda terima.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
- Akhir sekali, klik SUBMIT.
- Pendaftaran Secure2u anda telah selesai.
VIDEO TUTORIAL DAFTAR SECURE2U MAYBANK
Untuk lebih jelas, anda boleh lihat video tutorial cara daftarkan Secure2u Maybank seperti berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.