Transfer Duit Ke Tabung Haji Dari CIMB Automatik Setiap Bulan. Ikuti Langkah-Langkah Ini
Nak transfer duit ke Tabung Haji setiap bulan? Jika ya, pastinya anda ingin transfer wang anda dari CIMB ke akaun Tabung Haji secara automatik kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.
Malah, ia menunjukkan anda lebih berkomitmen untuk menyediakan simpanan bagi menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu melakukan Haji bagi yang mampu.
Jom belajar cara transfer duit dari CIMB ke akaun Tabung Haji anda secara automatik melalui perkongsian ini.
CARA TRANSFER WANG KE TABUNG HAJI DARI CIMB SECARA AUTOMATIK
Isi Kandungan
Untuk transfer wang anda ke Tabung Haji dari akaun CIMB, apa yang anda perlu lakukan ialah:
- Login ke pautan berikut: https://www.cimbclicks.com.my/
Klik PAY BILLS
Taip ENTER BILLER NAME
Seterusnya taip LEMBAGA TABUNG HAJI
Masukkan nombor akaun Tabung Haji, nombor Kad Pengenalan, masukkan amaun yang akan di transfer dan klik ADD THIS BILLER TO MY FAVOURITES. Seterusnya klik PROCEED TO PAYMENT.
Tunggu SMS nombor TAC ke telefon bimbit anda dan klik CONFIRM selepas memasukkan nombor TAC tersebut.
CARA SET JADUAL / SCHEDULED TRANSACTION TABUNG HAJI
Anda juga boleh setkan jadual atau auto transfer agar wang yang disimpan lebih konsisten setiap bulan seperti berikut:
- Login ke pautan berikut: https://www.cimbclicks.com.my/
Pergi ke bahagian SETTINGS dan SCHEDULED TRANSACTIONS
Klik SELECT A SERVICE dan klik PAY BILLS
Klik SAVINGS ACCOUNT dan pilih Lembaga Tabung Haji yang telah diset tadi. Kemudian klik SUBMIT.
Masukkan nombor akaun Tabung Haji, masukkan nombor kad pengenalan, nombor telefon anda dan letak jumlah yang anda ingin simpan setiap bulan, pilih tarikh dan klik UPDATE.
Anda juga lakukan rayuan Haji secara online melalui THijari kerana ianya lebih mudah dan cepat malah tidak perlu lagi download borang untuk kemukakan rayuan seperti yang dinyatakan disini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai transfer wang ke Tabung Haji dari akaun CIMB melalui saluran berikut:
- https://www.cimbclicks.com.my/
- https://www.facebook.com/CIMBMalaysia
- https://twitter.com/cimbmalaysia
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.