Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Bank Negara Malaysia Sehingga RM500,000

2,249

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau usahawan mikro yang terkesan dengan PKP 3.0 boleh memohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) yang telah diberi penambahbaikan oleh Bank Negara Malaysia.

Kemudahan ini terbuka kepada PKS daripada semua sektor ekonomi dan bertujuan untuk meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan.

Jom kita lihat apakah syarat kelayakan dan cara membuat permohonan Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

INFO RINGKAS TRFF & PTF

TRRF bertujuan memberikan bantuan dan sokongan untuk pemulihan PKS dalam sektor perkhidmatan.

TRRF dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) telah ditambah baik untuk membolehkan PKS menggunakan sebahagian daripada pembiayaan untuk membayar balik pinjaman perniagaan yang sedia ada (iaitu pembiayaan semula).

Cara Mohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Bank Negara Malaysia Sehingga RM500,000

TEMPOH PERMOHONAN

Usahawan PKS boleh membuat permohonan sehingga:

  • 31 Disember 2021

JUMLAH KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Jumlah kelayakan pembiayaan adalah sehingga:

  • RM500,000: TRFF
  • RM300,00: PTF

Jadi, usahawan PKS boleh menggunakan sehingga:

  • 30% daripada pembiayaan yang diluluskan: Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF)
  • 50% daripada pembiayaan yang diluluskan: Pembiayaan Pelacongan PENJANA (PTF)

Cara Mohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Bank Negara Malaysia Sehingga RM500,000

SYARAT KELAYAKAN KEMUDAHAN BANTUAN & PEMULIHAN BERSASAR (TRFF)

Syarat kelayakan untuk memohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRFF) ialah:

  • Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  • Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  • Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  • Seni, hiburan dan rekreasi
  • Perdagangan borong dan runcit
  • Perkhidmatan perniagaan (cth. aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti
    perkhidmatan sokongan)

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PELANCONGAN PENJANA

Syarat kelayakan Pembiayaan Pelancongan PENJANA adalah seperti berikut:

  • PKS Malaysia dalam sektor pelancongan teras dan berkaitan pelancongan, sama ada PKS menurut takrifan SME Corp Malaysia; atau PMKS yang dilesenkan oleh / berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) layak memohon Kemudahan PTF.
  • Sektor-sektor pelancongan yang terlibat adalah seperti berikut:

    Pelancongan teras:
    1. Premis penginapan pelancongan (seperti hotel bajet, inap desa (homestay) berdaftar, chalet dan rumah peranginan)
    2. Agensi pelancongan & operator pelancongan
    3. Pengangkutan untuk pelancong (seperti operator bas, bot dan kereta sewa)

    Sektor berkaitan pelancongan:
    1. Pelancongan perubatan.
    2. Ekosistem Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions, MICE).
    3. Perniagaan perkhidmatan wang – untuk pengendali pertukaran wang yang berurusan khususnya dengan pelancong ke dalam dan ke luar negeri.
    4. Insitusi bina upaya yang ditubuhkan terutamanya untuk menyediakan kursus/latihan berkaitan pelancongan, dan dilesenkan oleh atau berdaftar dengan MOTAC (cth. Institut Latihan Pelancongan).
    5. Perniagaan runcit, rekreasi dan kesihatan berkaitan pelancongan yang boleh membuktikan kebergantungan mereka yang besar terhadap pelancong.

Cara Mohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) Bank Negara Malaysia Sehingga RM500,000

CARA MOHON TRFF & PTF

Untuk memohon Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF), anda hanya perlu hadir ke institusi kewangan yang terlibat seperti berikut:

Pembiayaan Pelacongan PENJANA (PTF)

  1. Affin Bank Berhad/Affin Islamic Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad
  3. AmBank (M) Berhad/AmBank Islamic Berhad
  4. Bank Islam Malaysia Berhad
  5. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  6. Bank Simpanan Nasional
  7. CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad
  8. Hong Leong Bank Berhad/Hong Leong Islamic Bank Berhad
  9. Maybank Islamic Berhad
  10. Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad
  11. RHB Bank Berhad / RHB Islamic Berhad
  12. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)

Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF)

  1. Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad / Alliance Islamic Bank Berhad
  3. AmBank (M) Berhad / AmBank Islamic Berhad
  4. Bangkok Bank Berhad
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)
  7. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  8. Bank of China (Malaysia) Berhad
  9. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
  10. Bank Simpanan Nasional
  11. CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
  12. HSBC Bank Malaysia Berhad / HSBC Amanah Malaysia Berhad
  13. Hong Leong Bank Berhad / Hong Leong Islamic Bank Berhad
  14. Malayan Banking Berhad / Maybank Islamic Berhad
  15. MBSB Bank Berhad
  16. OCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank Berhad
  17. Public Bank Berhad / Public Islamic Bank Berhad
  18. RHB Bank Berhad / RHB Islamic Bank Berhad
  19. Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank)
  20. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  21. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRRF) & Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) sila hubungi Pusat Perhubungan BNM telelink di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...