Sekiranya anda tersenarai sebagai calon peperiksaan untuk jawatan Penguasa Kastam WK41 seterusnya dipanggil untuk temuduga, sila alert dengan tugas-tugas sebagai Penguasa Kastam WK41.
Anda juga boleh dapatkan senarai tugas Penguasa Kastam WK41 serta maklumat yang berkaitan di sini dan anda boleh membuat ulangkaji sebagai persediaan awal.
Apakah senarai tugas Penguasa Kastam WK41? Semak disini dan dapatkan juga tip-tip untuk temuduga sama ada secara bersemuka atau secara online.
INFO RINGKAS JAWATAN PENGUASA KASTAM WK41
Isi Kandungan
Pastikan anda mengetahui beberapa info mengenai jawatan Penguasa Kastam WK41 seperti berikut:
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Gaji Minimum: RM2,094.00
- Gaji Maksimum: RM9,585.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
SYARAT LANTIKAN
Apa pula syarat lantikan sebagai Penguasa Kastam Gred WK41? Syarat lantikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau - Ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau - Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau - Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau - Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM3,027.19)
Bagi syarat kelayaan Bahasa Melayu pula:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI/TUGAS-TUGAS PENGUASA KASTAM WK41
Panel penemuduga akan menguji calon sama ada tahu atau tidak tugasan jawatan yang dimohon dengan bertanyakan soalan berkaitan deskripsi tugas.
Jadi, anda digalakkan untuk membuat persediaan dengan mendapatkan senarai tugas sebagai Penguasa Kastam WK41 seperti yang dikongsikan disini.
Tugas-tugas Penguasa Kastam WK41 ialah:
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif.
- Membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan.
- Memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen dan gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan.
- Memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam.
- Memproses permohonan remisi cukai.
- Menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan.
- Bertindak sebagai Pegawai Pendakawa bagi kes-kes kastam di Mahkamah.
- Menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM WK41
Dikongsikan juga beberapa contoh soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 daripada calon sebelum ini iaitu:
- Perkenalkan diri anda
- Mengapa anda memilih untuk bekerja sebagai Penguasa Kastam dan bukan jawatan lain?
- Apa yang anda faham dengan integriti sebagai seorang Pegawai Kastam?
- Pernah dengar kes salah laku Pegawai Kastam? Bincangkan.
- Apa perbezaan GST dan SST serta tarif GST yang anda tahu.
- Bilakah tarikh GST diperkenalkan?
- Apakah 7 cukai yang dipungut oleh Kastam dan sumbangan Kastam kepada negara?
- Apa kaitan LHDN dengan Kastam?
- Terangkan objektif Kastam yang anda tahu.
- Mengapa kerajaan tubuhkan Kastam sedangkan kerajaan mempunyai jabatan-jabatan lain seperti PDRM, Angkatan Tentera Darat, SPRM dan sebagainya untuk membantu kes penyeludupan dan sebagainya?
- Apakah bentuk fasiliti yang Kastam sediakan?
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.