Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tugas Penguasa Penjara KA41 & Contoh Soalan Temuduga Untuk Rujukan

1,492

Dah semak keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) ke? Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan! Calon yang gagal jangan kecewa, boleh cuba lagi dimasa yang akan datang.

Calon yang berjaya boleh buat persiapan dengan mendapatkan info-info berkaitan dengan tugas sebagai Penguasa Penjara Gred KA41 yang dikongsikan disini.

Dapatkan juga beberapa contoh soalan temuduga yang dikongsikan oleh calon terdahulu untuk rujukan anda.

INFO RINGKAS JAWATAN PENGUASA PENJARA GRED KA41

Apa jua jawatan yang anda mohon, pastinya panel penemuduga akan bertanyakan soalan yang berhubungkait dengan jawatan tersebut.

Oleh itu, setiap calon perlu tahu secara ringkas mengenai jawatan-jawatan yang dipohon seperti deskripsi tugas, gaji dan objektif jabatan.

Beberapa info mengenai jawatan Penguasa Penjara Gred KA41 yang anda perlu tahu ialah:

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia
  • Gaji Minimum: RM2,094.00
  • Gaji Maksimum: RM9,604.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

DESKRIPSI TUGAS

Antara tugas Penguasa Penjara Gred KA41 ialah:

  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara,
  • Pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman
  • Melaksanakan program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan.

PANGKAT-PANGKAT JABATAN PENJARA MALAYSIA

Anda juga boleh ambil tahu mengenai pangkat-pangkat di Jabatan Penjara Malaysia seperti yang dikongsikan ini:

Ranking Perjawatan Seragam Gred Jawatan Lencana Pangkat
Komisioner Jeneral Penjara Gred Utama A V.U.5
Komisioner Jeneral Penjara Gred Utama B V.U.6
Komisioner Penjara Gred Utama C V.U.7
Timbalan Komisioner Penjara KA 54
Penolong Kanan Komisioner Penjara KA 52
Penolong Komisioner Penjara (PKP) KA 48
Penguasa Penjara (PP) KA 44
Timbalan Penguasa Penjara (TPP) KA 41
Penolong Penguasa Penjara (PPP) KA 32
Inspektor Penjara (IP) KA 27
Sub Inspektor Penjara KA 26
Sarjan Mejar Penjara KA 24
Sarjan Penjara KA 22
Koperal Penjara KA 20
Wadar Penjara KA 19

Baca juga: 8 Cara Jawab Soalan Mengenai Isu Semasa Ketika Temuduga

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENGUASA PENJARA GRED KA41

Sebagai persediaan untuk menghadapi situasi sebenar temuduga untuk jawatan Penguasa Penjara Gred KA41, setiap calon pastinya ingin ketahui contoh-contoh soalan yang boleh dijadikan panduan.

Antara soalan-soalan yang mungkin ditanya nanti semasa temuduga ialah:

  1. Perkenalkan diri anda
  2. Mengapa anda mohon jawatan Penguasa Penjara Gred KA41 sedangkan anda boleh sahaja memohon jawatan PTD dan sebagainya?
  3. Terangkan apakah tugas Penguasa Penjara yang anda tahu.
  4. Terangkan secara ringkas apakah fungsi Sistem Parol yang anda faham.
  5. Jelaskan kemahiran yang ada pada anda untuk memegang jawatan Penguasa Penjara.
  6. Nayatakan nama Ketua Pengarah Penjara, Timbalan Pengara Penjara, Ketua Menteri Kementerian Dalam Negeri terkini.
  7. Boleh anda terangkan rukun solat dan bacaan doa yang biasa dibaca selepas solat? Sekurang-kurangnya anda boleh bantu banduan di sini belajar mengenai agama islam.
  8. Apakah misi dan visi Jabatan Penjara Malaysia?
  9. Bagaimanakah pengelasan banduan dilakukakan?
  10. Nyatakan undang-undang penjara yang anda tahu dan huraikan.
  11. Jabatan Penjara berada dalam Kementerian apa?
  12. Adakah Sekolah Henry Gurney berada dalam pendtadbiran Jabatan Penjara?
  13. Apakah maksud Penjara Sejahtera dan Akta Penjara?
  14. Berapa buah Sekolah Henry Gurney yang ada di Malaysia?
  15. Apakah motto Jabatan Penjara dan apakah warna rasmi Jabatan Penjara?
  16. Tahu tak apa itu hukuman seumur hidup? Jika tahu, terangkan sedikit kepada saya.
Nota: Soalan-soalan ini adalah berdasarkan contoh soalan yang dikongsikan calon sebelum ini. Anda digalakkan untuk membaca info berkaitan jawatan untuk mendapatkan info serta gambaran soalan yang mungkin ditanya oleh ahli panel nanti.
Anda juga boleh dapatkan info mengenai jawatan Penguasa Penjara serta info mengenai Jabatan Penjara, Akta dan Undang-Undang Penjara di pautan ini: Jabatan Penjara Malaysia.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: 7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...