Pemohon iSinar Kategori 2 telah menerima bayaran wang mulai 2 Mac lalu setelah syarat permohonan telah dihapuskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran adalah secara berperingkat.
Malahan bayaran yang dikreditkan juga adalah dibuat kepada permohonan sebelum 25 Februari 2021 dan permohonan selepas itu perlu menunggu proses bayaran dilakukan sehingga 8 Mac 2021.
Manakala bagi mereka yang status permohonan adalah ‘TIDAK BERJAYA’ digalakkan untuk membuat permohonan semula bermula 8 Mac 2021.
Rujuk: Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari ‘Tidak Berjaya’. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021
TARIKH TUKAR AMAUN PENGELUARAN iSINAR
Isi Kandungan
Tarikh tukar amaun pengeluaran iSinar bermula pada:
- 8 Mac 2021
TUKAR AMAUN PENGELUARAN iSINAR
Pemohon iSinar boleh membuat beberapa pindaan seperti berikut:
- Jumlah nilai dipohon
- Maklumat bank
- Alamat
- Nombor telefon
- Mod bayaran
CARA TUKAR AMAUN iSINAR
Untuk membuat pindaan amaun dan maklumat lain, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik https://isinar.kwsp.gov.my/
- Seterusnya klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Buat pindaan amaun atau maklumat yang ada inginkan.
- Klik HANTAR untuk proses seterusnya.
JUMLAH PENGELUARAN iSINAR
Jumlah pengeluaran iSinar adalah kekal seperti sebelum ini walaupun anda boleh membuat penukaran jumlah pengeluaran.
Rujuk jadual berikut:
INFOGRAFIK iSINAR
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai tukar amaun pengeluaran i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000/03-8922 4848
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.