PERKESO: Mangsa Nahas Pertembungan LRT Boleh Buat Pelbagai Tuntutan Daripada PERKESO

Beberapa hari yang lepas, seluruh negara digemparkan dengan insiden pertembungan dua LRT di laluan Kelana Jaya.

Malahan, ia juga merupakan satu nahas LRT yang paling teruk dalam sejarah negara sejak ia mula beroperasi pada tahun 1996.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan mangsa nahas juga disarankan untuk membuat beberapa tuntuan dari PERKESO melalui Skim Bencana Pekerjaan seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.

KRONOLOGI INSIDEN NAHAS PERTEMBUNGAN LRT

1. LRT 181 dan 240 bertolak dari stesen masing-masing

  • Lebih kurang jam 8.30pm, LRT 181 dan 240 telah meninggalkan stesen KLCC dan Kampung Baru dan masing-masing bergerak ke arah bertentangan.
  • LRT 181 telah membawa seramai 213 penumpang dan bergerak dengan kelajuan 40km/j manakala LRT 240 yang berkelajuan 20km/j pula tak mempunyai penumpang dan hanya dikendalikan oleh seorang operator yang membawa kereta api tersebut secara manual menuju ke Gombak untuk diselenggara.

2. Pertembungan antara LRT 181 dan 240

  • Perlanggaran kepala di antara dua LRT ini telah berlaku di trek bawah tanah berhampiran stesen KLCC menyebabkan 47 penumpang cedera parah dan 166 penumpang lain alami cedera ringan.

SKIM BENCANA PEKERJAAN

Mangsa atau waris boleh membuat tuntutan yang disediakan oleh PERKESO mengikut kata berikut:

  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789)

Mangsa kemalangan yang mencarum dengan Perkeso dan disahkan mengalami kes Bencana Kerja layak menerima bantuan faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Selain itu, mangsa kemalangan daripada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang berdaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta 789 juga layak memohon faedah Perkeso jika kemalangan tersebut berlaku sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri atau dalam perjalanan pergi bekerja atau balik ke rumah.

Baca juga: Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 100% Bantuan Kerajaan

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Antara manfaat mangsa kemalangan yang layak di bawah kedua-dua akta tersebut adalah:

  • Rawatan perubatan percuma di klinik panel Perkeso atau klinik dan hospital kerajaan menerusi faedah perubatan.
  • Mereka yang diberi cuti sakit disahkan oleh doktor pula akan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) sepanjang tempoh cuti sakit,
  • Jika ada mangsa yang disahkan cedera parah hingga menyebabkan hilang upaya kekal akibat kemalangan tersebut, mereka akan dibantu dengan Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan Kemudahan Pemulihan Jasmani iaitu bekalan alat-alat prostetik, ortotik dan ortopedik seperti kaki dan tangan palsu, kerusi roda, tongkat dan kasut khas.

Majikan atau ahli keluarga mangsa diseru supaya segera mengemukakan tuntutan permohonan faedah di mana-mana pejabat Perkeso yang berdekatan.

Baca juga: Pekerja Yang Hilang Pekerjaan Boleh Tuntut Faedah Insuran Pekerjaan Sehingga 80% Gaji Bulanan. Ini Caranya Buat Tuntutan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan PERKESO oleh mangsa pertembungan LRT sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.