Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semua Urusan Ujian & Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Ditangguhkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0

1,522

Pastinya calon ujian dan temuduga yang berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tertanya-tanya dengan status mereka berikutan pengumuman pelaksanaan Total Lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 mulai 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Ini adalah kerana tiada pergerakan dibenarkan untuk sebarang urusan kecuali dalam radius 10km yang dibenarkan sahaja.

Jadi, dapatkan info yang telah dihebahkan oleh SPA mengenai maklumat terkini berkaitan urusan yang telah ditetapkan oleh SPA sebelum ini.

TARIKH PENANGGUHAN URUSAN SPA

Tarikh untuk penangguhan semua urusan SPA bagi sepanjang tempoh Total Lockdown adalah bermula pada:

  • 1 Jun hingga 14 Jun 2021

Untuk pengetahuan anda juga, penjadualan semula urusan yang ditetapkan SPA akan dimaklumkan kepada semua calon yang terlibat dari semasa ke semasa melalui emel yang akan dihantar kepada anda.

JENIS URUSAN SPA YANG DITANGGUHKAN

Jika sebelum ini, hanya ujian secara online sahaja yang dibenarkan dan tidak ditangguhkan tetapi kali ini agak berlainan dimana urusan yang ditangguhkan adalah seperti berikut:

  1. Ujian bakat
  2. Ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal
  3. Ujian pancaindera dan kecergasan
  4. Semua ujian/peperiksaan
  5. Temuduga

Untuk pengetahuan anda juga, peperiksaan online ditangguhkan kerana SPA mematuhi keputusan Kerajaan dengan mengawal pergerakkan urusetia penyelarasan exam dalam tempoh ini. Sebarang pemakluman lanjut akan dimaklumkan urusetia peperiksaan.

Nota: Selain daripada emel, calon juga boleh menyemak urusan yang berkenaan dengan anda melalui Portal Rasmi SPA dan Facebook SPA.

HEBAHAN PENANGGUHAN URUSAN SPA

Berikut adalah hebahan penangguhan urusan SPA untuk rujukan anda:

Semua Urusan Ujian & Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Ditangguhkan Sepanjang Tempoh PKP 3.0

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penangguhan urusan SPA sepanjang tempoh PKP 3.0, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...