Berita yang sangat menyediahkan buat jemaah umrah yang bakal mengerjakan ibadah tersebut susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini.
Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, larangan berkenaan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Bilakah tarikh kuatkuasa penangguhan ibadah umrah yang terkini?
TARIKH KUAT KUASA PENANGGUHAN IBADAH UMRAH
Isi Kandungan
Seperti yang dimaklumakan oleh YB Khairy Jamaluddin, penangguhan ibadah umrah akan berkuatkuasa mulai:
- 8 Januari 2022 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Manakala tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu pula ditangguhkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.
INFO PENANGGUHAN IBADAH UMRAH 2022
Indo selanjutnya mengenai penangguhan ibadah umrah yang anda semua perlu tahu adalah seperti berikut:
- Tiada perjalanan mengerjakan umrah selepas 7 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
- Tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuatkuasa 1 Januari 2022.
- Jemaah umrah perlu menjalani kuarantin wajib distesen kuarantin atau hotel tertentu yang dikenalpasti oleh pihak NADMA bermula 3 Januari 2022.
- Jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci bermula 1 Januari sehingga 7 Januari 2022 pula:
a) Dibenarkan untuk meneruskan perjalanan
b) Perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel seperti dikenalpasti oleh NADMA apabila tiba di Malaysia.
Manakala jemaah umrah yang akan pulang ke Malaysia perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA
Jika begitu, anda semua boleh membuat simpanan wang untuk mengerjakan haji atau umrah pada masa yang akan datang. Buat simpanan wang daripada sekarang dengan membuat pindahan wang dari akaun bank terus ke Tabung Haji tanpa caj seperti yang dikongsikan disini.
Kalau ada yang nak beli kelengkapan haji dan umrah pula, bolehlah tengok-tengok disini. Harganya pula sangat-sangat berpatutan tau!
Klik je sini ya!: https://shp.ee/b9wre9z
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.