Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan

Hari ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya bermula tahun 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk tahun ini dibatalkan.

Untuk pengetahuan anda, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Dr. Radzi Jidin dalam sidang media khas.

Baca juga: Jadual Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya Aidilfitri

INFO RINGKAS UPSR & PT3

  • UPSR diperkenalkan pada 1988 untuk melihat penguasaan murid darjah enam dalam tiga komponen iaitu membaca, menulis dan mengira sebelum ditambah satu lagi komponen iaitu menaakul.
  • PT3 diperkenalkan pada 1993 sebagai menggantikan Penilaian Menengah Rendah untuk pelajar tingkatan tiga, yang menumpukan aspek kognitif dan akademik.

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) & PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

Selaras pemansuhan UPSR dan pembatalkan PT3, maka Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid terlibat.

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan digunakan murid-murid terlibat untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan satu dan empat.

Bagi murid sekolah rendah, Kementerian Pendidikan akan memperkasakan PBD bermula tahun 2021 untuk bagaimana pentaksiran diadakan.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan

TIADA PEPERIKSAAN GANTI

Datuk Dr. Radzi Jidin juga memaklumkan tiada peperiksaan ganti akan dibuat untuk murid tahun enam.

Selaras dengan pemansuhan UPSR, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk murid-murid berkeperluan khas turut dimansuhkan sepenuhnya.

Keputusan pemansuhan UPSR diambil setelah mengambil pandangan pelbagai pihak dalam sesi libat urus, antaranya guru besar, guru, ibu bapa, kesatuan dan persatuan, serta murid-murid sendiri.

Menurut Datuk Dr. Radzi Jidin, antara pandangan yang diterima KPM ialah UPSR mengakibatkan para guru “mencuri” masa subjek-subjek yang tiada dalam UPSR untuk persiapan subjek-subjek UPSR.

Bagi PT3, kementerian mengambil pertimbangan sama seperti tahun lalu, namun konsep pentaksiran kekal dan sistem pentaksiran kebangsaan.

Antara asas utama yang dipertimbangkan dalam membuat keputusan membatalkan PT3 adalah mengambil kira masa yang ada bagi murid-murid membuat persiapan khusus secara bersemuka bersama guru di sekolah.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.