Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, telah mengumumkan pusingan kedua pendaftaran vaksin Covid-19 AstraZeneca yang telah dibuka kepada orang ramai berumur 18 tahun ke atas bermula 26 Mei 2021.
Namun, pendaftaran ini diberikan keutamaan kepada mereka yang berada di:
- Kuala Lumpur
- Johor
- Pulau Pinang
- Selangor
- Sarawak
TARIKH PENDAFTARAN VAKSIN ASTRAZENECA 18 TAHUN KE ATAS
Isi Kandungan
Tarikh pendaftaran untuk vaksin AstraZeneca bagi orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas adalah bermula:
- 26 Mei 2021/12 tengah hari
SYARAT TEMPAHAN VAKSIN ASTRAZENECA
Berikut adalah syarat tempahan vaksin AstraZeneca adalah:
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Telah mendaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
- Menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak atau Selangor.
- Sila pastikan nombor kad pengenalan dan alamat di MySejahtera adalah betul.
- Tempahan adalah berdasarkan “FIRST-COME, FIRST-SERVED”.
8 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)
Sebanyak 8 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dilantik untuk memberikan dos AstraZeneca adalah seperti berikut:
- Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang
- Persada Johor International Convention Center, Johor Bahru
- Borneo Convention Center Kuching, Sarawak
- Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak
- World Trade Centre Kuala Lumpur
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
- Ideal Convention Centre, Shah Alam, Selangor
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN
Anda boleh membuat pendaftaran secara online di laman web JKJAV seperti berikut:
- Isikan peribadi dengan betul dan tepat.
- Pilih tempat pengambilan vaksin.
- Sekiranya berjaya, skrin akan memaparkan pernyataan seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca umur 18 tahun ke atas, sila hubungi:
- [email protected]
- 1 800 888 828
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.