Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pendaftaran Untuk Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Senarai Menunggu & Warga Emas Akan Dibuka Mulai 23 Mei 2021

1,529

Pada 17 Mei 2021 yang lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka tiga hari bermula 23 Mei ini.

Jadi, bagi anda yang berada dalam senarai menunggu serta warga emas boleh membuat pendaftaran dengan segera kerana keutamaan akan diberikan kepada kira-kira 25,000 pendaftar program vaksin AstraZeneca Fasa 1.

Dapatkan cara membuat pendaftaran untuk janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka selama tiga hari.

TARIKH PENDAFTARAN JANJI TEMU IMUNISASI COVID-19 VAKSIN ASTRAZENECA FASA 2

Tarikh pendaftaran bagi janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 adalah bermula pada:

  • 23 Mei 2021

KAEDAH PENDAFTARAN JANJI TEMU IMUNISASI COVID-19 VAKSIN ASTRAZENECA FASA 2

Kaedah pendaftaran untuk janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran secara online di laman web rasmi JKJAV
  • Pendaftaran warga emas yang berada di kawasan masing-masing oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD)
Nota: Untuk makluman anda, pendaftaran diperluaskan seiring mengikut zon merah iaitu di Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Pelaksanaan Fasa 2 ini akan melibatkan kuota kepada PKD untuk membolehkan pendaftaran warga emas termasuk di pusat jagaan warga emas namun selepas tamat pendaftaran, baki kuota akan dibuka kepada semua.

SYARAT TEMPAHAN

Syarat tempahan yang perlu anda patuhi adalah seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sudah mendaftar untuk vaksinasi
  • Hanya boleh memilih satu lokasi dan satu tarikh sahaja

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN

Anda boleh membuat pendaftaran secara online di laman web JKJAV seperti berikut:

Pendaftaran Untuk Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Senarai Menunggu & Warga Emas Akan Dibuka Mulai  23 Mei 2021

  • Isikan maklumat diri ibu bapa anda atau anda sendiri dengan betul dan tepat.
  • Seterusnya pilih tempat pengambilan vaksin.
  • Anda boleh membuat semakan butiran temujanji yang telah anda lakukan dalam tempoh 2 hari atau 48 jam.
  • Sekiranya berjaya, skrin akan memaparkan pernyataan seperti berikut:

Pendaftaran Untuk Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Senarai Menunggu & Warga Emas Akan Dibuka Mulai  23 Mei 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...