Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Dart (VTL-Land) Malaysia-Singapore

704

Selepas ini rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura boleh masuk ke Singapura melalui Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land).

Apa pula VTL-Land?

Anda boleh dapatkan cara-cara untuk daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) disini.

INFO RINGKAS VTL-LAND

VTL-Land atau Vaccinated Travel Lane-Land adalah:

  • Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat merupakan kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan Singapura yang bertujuan untuk memudahkan perjalanan dua hala melalui darat.
  • Pengunjung yang telah lengkap divaksin dari salah satu negara boleh memasuki negara lain melalui jalan darat tanpa perlu dikuarantin, tertakluk kepada ujian COVID-19 (COVID-19 ART atau Ujian PCR).

Ia juga telah dikuatkuasakan mulai tarikh berikut:

  • 29 November 2021

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR VTL-LAND

Pastikan anda baca dahulu syarat kelayakan untuk mendaftar VTL-Land seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Singapura.
  • Penduduk Tetap Malaysia dan Singapura.
  • Pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura.
  • Dewasa yang telah lengkap divaksin (kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin).

Cara Daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Dart (VTL-Land) Malaysia-Singapore

Baca juga: [MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

CARA DAFTAR VTL-LAND

Untuk mendaftar, anda perlu:

Cara Daftar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Dart (VTL-Land) Malaysia-Singapore

  • Pastikan anda buat pendaftaran sebelum membuat pembelian tiket.

HARGA TIKET

Sebagai permulaan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land), hanya perkhidmatan bas sahaja yang digunakan bagi peringkat permulaan.

Harga tiket pula mengikut kategori seperti berikut:

Dewasa

  • Malaysia – Singapura: RM20 (SGD6.60)
  • Singapura – Malaysia: RM45 (SGD15)

Kanak-Kanak

  • Malaysia – Singapura: RM10 (SGD3.30)
  • Singapura – Malaysia: RM24 (SGD8)

Tiket boleh didapati dilaman web berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land), sila layari laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...