Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kena Isi Maklumat Wakil Ke Semasa Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)? Ini Penjelasannya

1,901

Semasa mengisi borang permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara online, pastinya anda semua ternampak maklumat wakil pada bahagian dibawah, kan?

Mungkin anda semua nak tahu apakah tujuannya maklumat wakil perlu diisi oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Jadi, jom dapatkan apakah tujuan maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022.

TUJUAN MAKLUMAT WAKIL DIISI PEMOHON BKM 2022

Kalau anda nak tahu, tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:

  • Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia
  • Wakil bagi penunaian BKM 2022

INDIVIDU LAYAK DIDAFTAR SEBAGAI WAKIL

Tidak semua ahli keluarga anda layak menjadi wakil dan mereka yang layak menjadi wakil ialah:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Kandung/Anak tiri/Anak angkat)
  • Adik beradik
  • Cucu

WAKIL LAYAK TUNAI BKM 2022/TUNTUTAN SKK BKM 2022

Wakil yang layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian BKM adalah seperti berikut:

  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022.
  • Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.
  • Bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu yang menetap di Malaysia.

HAD UMUR

Had umur untuk melayakkan individu tersebut untuk menjadi wakil untuk tunai BKM dan tuntutan Skim Khairat Kematian BKM adalah:

  • Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi wakil kepada penerima BKM 2022.

CARA DAFTAR & KEMASKINI BKM

Terdapat 2 cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat untuk Bantuan Keluarga Malaysia iaitu:

1. Online

2. Manual/Fizikal

  • Anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) LHDNM, Pusat Khidmat hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Rujuk: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Telah Dibuka, 2 Cara Permohonan Yang Boleh Anda Apply

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM

Waris yang layak akan menerima jumlah tuntutan Skim Khairat Kematian sebanyak:

  • RM1,000 (bagi setiap individu yang layak)

SIAPA YANG LAYAK TERIMA KHAIRAT KEMATIAN BKM?

Siapa yang layak terima dan membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM?

  • Penerima BKM yang meninggal dunia antara 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
  • Penerima BKM Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada pasangan sahaja:
    a) Kahwin
    b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda mempunyai anak
    c) Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

Rujuk: Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

Diharap info ini dapat membantu anda dan sebarang pertanyaan mengenai wakil Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...