Bukan sekadar orang awam sahaja yang perlu membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) malahan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga perlu membuat semakan WTD.
Bagaimana pula untuk membuat semakan dan tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM?
Dan apa pula dokumen yang diperlukan untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) JHEV ATM? Semak sini untuk mengetahui dokumen yang diperlukan untuk semakan WTD JHEV ATM.
Baca juga: Semakan Online Wang Tak Dituntut Dan Proses Bayaran Balik WTD
INFO WANG TIDAK DITUNTUT (WTD)
Isi Kandungan
Apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?
- Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 1 tahun.
- Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 7 tahun.
- Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 2 tahun.
APA ITU WTD JHEV ATM?
WTD JHEV ATM merangkumi wang-wang yang dikembalikan oleh bank/agensi-agensi disebabkan:
- Lebihan potongan pinjaman perumahan oleh LPPSA
- Akaun bank tidak aktif/tutup/tidak sah
- Pencen skim B yang telah luput kerana tidak ditunaikan di bank dalam tempoh 3 bulan
- Cek/waran yang tidak ditunaikan dalam tempoh 3 bulan
KOS TUNTUTAN
Untuk tuntutan balik wang WTD JHEV ATM adalah:
- Secara percuma dan pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut
DOKUMEN DIPERLUKAN TUNTUTAN WTD JHEV ATM
Untuk membuat tuntutan WTD JHEV ATM, pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut:
- Salinan akaun bank perseorangn yang aktif bagi veteran/balu/anak
- Salinan MyKad baru bagi veteran/balu/anak
- Buku pengesahan perkhidmatan (Veteran tidak berpencen sahaja)
- Sekiranya bankrap, dapatkan surat pelepasan Sijil KPI Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) atau surat daripada Peguam yang dinyatakan status kebankrapan
- Sekiranya penerima meninggal dunia, waris yang ingin menuntut perlu kemuka sijil nikah (bagi balu) atau sijil kelahiran (bagi anak) beserta borang akaun sumpah yang ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.
- Cetakan senarai WTD pada portal JHEV.
CARA BUAT SEMAKAN
Semakan adalah secara online. Anda boleh membuat semakan online dipautan berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor tentera. Seterusnya klik Cari untuk semakan.
- Status akan dipaparkan.
- Dokumen permohonan yang diperlukan boleh dikemukakan ke alamat emel seperti berikut : [email protected]
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai WTD JHEV ATM sila hubungi Unit Inspektorat di talian berikut:
- 03-2050 8141/ 8140/ 8138
Atau di Unit Akaun:
- 03-2050 8070/ 8080
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.