Terdapat pelbagai pendapat mengenai bayaran zakat bagi pengeluaran iSinar sama ada wajib dibayar atau tidak terutamanya bagi ahli yang beragama Islam. Namun, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan golongan yang mengeluarkan i-Lestari atau i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam keadaan terpaksa tidak diwajibkan untuk membayar zakat.
Berikutan pandemik Covid-19 pengeluaran tersebut tidak diwajibkan sekiranya ketiadaan sumber pendapatan dan terjejas.
Bagi golongan yang mempunyai sumber pendapatan dan mampu menampung diri dan tanggungan, maka wajib dikeluarkan zakat.
Baca juga: iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang
INFO RINGKAS PEMBAYARAN ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN iSINAR
Isi Kandungan
Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.
Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.
Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.
Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.
CARA PENGIRAAN ZAKAT PENGELUARAN iSINAR KWSP
Untuk lebih memudahkan dan lebih faham, anda boleh melihat contoh yang dikongsikan oleh KWSP seperti berikut:
Contoh 1
- Ahli kehilangan pekerjaan sejak bermula pandemik COVID-19 yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas dan hutang sebanyak RM36,000.
Contoh 2
- Ahli mengalami pengurangan pendapatan yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas sebanyak RM1,000 sebulan (RM12,000 setahun).
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut dan info seterusnya mengenai bayaran zakat iSinar melalui :
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-8922 6000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.