Berita baik untuk semua pelajar UiTM cawangan Perak sesi 2020, Permohonan Zakat UiTM untuk pelajar Ijazah & Diploma kini dibuka permohonan.
Bantuan Zakat UiTM ini akan disalurkan oleh Unit Zakat ACIS Cawangan UiTM Perak kepada semua pelajar UiTM yang layak.
Kepada pelajar UiTM yang layak dan berhak memohon bolehlah mengemukakan permohonan dengan kadar segera.
Di bawah merupakan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.
SYARAT PERMOHONAN ZAKAT UITM
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini
- Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti
- Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi
OBJEKTIF PEMBERIAN ZAKAT
- Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM untuk membayar zakat.
- Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
- Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
- Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana
PERMOHONAN ZAKAT BAGI PELAJAR IJAZAH SESI FEBRUARI 2020 ~ JUN 2020
Tarikh Temuduga | 2 Mac 2020 – 5 Mac 2020 |
Masa | Selasa – Khamis : 9.00 pagi – 12.30 tengahari Jumaat – 2.30 petang – 4.30 petang |
Tempat | Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar |
PERMOHONAN ZAKAT BAGI PELAJAR DIPLOMA SESI FEBRUARI 2020 ~ JUN 2020
Tarikh Temuduga | 9 Mac 2020 – 12 Mac 2020 & 16 Mac 2020 – 19 Mac 2020 |
Masa | Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 12.30 tengahari Jumaat : 2.30 petang – 4.30 petang |
Tempat | Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar |
BORANG PERMOHONAN ZAKAT UiTM
PERKARA | MAKLUMAT |
Borang Zakat | Sila Download 👉Borang Permohonan Zakat UiTM Cawangan Perak |
Lampiran | Sila sertakan lampiran yang dikehendaki |
USTAZ MOHD ZAKI AHMED FAUZI 05-374 2382 / 016-5581980