Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Kad Peduli Sihat RM500 Setahun Untuk Rawatan Hospital

2,565

Kad Peduli Sihat adalah satu lagi insentif Selangor dalam membantu meringankan beban rakyat selain Kasih Ibu Smart Selangor.

Skim Peduli Sihat terbahagi kepada dua iaitu kategori A akan menerima manfaat kelebihan isi kad RM500 setahun dan tiada had jenis rawatan atau perubatan tertakluk kepada syarat kelayakkan.

Manakala, kategori B untuk individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah yang akan memperoleh isi kad bernilai RM200 juga tiada had rawatan serta perubatan.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan skim berkenaan kepada kelompok B40.

Skim Peduli Sihat yang diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM 500 setahun. Penerima skim ini boleh mendapat rawatan di 1,000 buah klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Manfaat Skim Peduli Sihat

peduli sihat selangor

Syarat Kelayakan

Kategori A – Keluarga

  • Suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
  • Warganegara malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan ke bawah

Kategori B – Individu

  • Berumur 21 tahun yang berkelayakan
  • Warganegara malaysia
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah RM1,500 dan ke bawah

Cara Pendaftaran Kad Peduli Sihat

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan tersebut, permohonan Kad Peduli Sihat boleh dibuat secara online atau manual di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor dan Penyelaras DUN.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, satu SMS akan dihantar untuk memaklumkan perkara tersebut.

Kad Peduli Sihat kemudiannya akan dihantar ke rumah anda.

Antara dokumen diperlukan bagi tujuan pendaftaran:

  • borang pendaftaran Skim Peduli Sihat
  • salinan kad pengenalan ( untuk ketua keluarga / individu )
  • salinan kad pengenalan , mykid atau surat kelahiran ( untuk tanggungan isteri/anak-anak )
  • salinan slip gaji/ pencen ( untuk penjawat awam dan pesara kerajaan )
  • salinan penyata EA atau KWSP ( untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri )

Untuk pendaftaran klinik panel, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Muat Turun Borang Pra Pendaftaran ( Panel Klinik ).
  2. Isi segala maklumat yang diperlukan pihak Peduli Sihat.
  3. Setelah segala maklumat telah diisi, Scan dokumen lampiran dalam bentuk format (PDF).
  4. Dan hantar dokumen yang telah di isi dengan lengkap ke [email protected]

Senarai lengkap klinik panel Peduli Sihat boleh dirujuk di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...