Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Peraturan Baru Cermin Gelap Lulus JPJ 2018

0 1,945

Berikut dikongsikan peraturan baru cermin gelap LULUS JPJ bagi tahun 2018.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan akan melaksanakan peraturan baru mengenai cermin gelap pada tahun ini, seperti maklumat yang tular di media sosial.

Menurut satu kenyataan media, kadar ketelusan cahaya (VLT) yang ditetapkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).

“Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa 10 hari membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap itu,” kata JPJ.

​​​​​​​Menurut JPJ, sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika kes dibawa ke mahkamah, untuk sabitan pertama, pesalah akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Bagi sabitan kali kedua atau seterusnya, didenda tidak lebih RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:

  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara Memohon

Pemohon perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia dan  hendaklah mengisi Borang CG1 yang boleh didapati daripada mana-mana JPJ Negeri secara percuma. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

  1. Salinan kad pengenalan dan kad Pendaftaran Kenderaan  yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan sertakan dokumen sokongan daripada Ketua Polis Negeri.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...