Informasi

Ustaz Ebit Lew: RM500 Untuk Guru Mengajar & Berkhidmat Di Masjid, Surau, Kuil, Tokong Dan Gereja

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

17 February 2021
1 min baca
Isi Kandungan

Sebelum ini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah berbesar hati menyumbangkan tablet secara percuma kepada pelajar yang memerlukan untuk meneruskan pelajaran di rumah. Juga difahamkan, tablet yang disediakan juga terhad iaitu sebanyak 100 unit sahaja dan mereka yang memerlukan perlu menghubunginya dengan kadar segera.

Rujuk: Tab Percuma Untuk Pelajar, Hubungi Ustaz Ebit Lew Dengan Segera

Untuk makluman juga, Ustaz Ebit Lew juga memberikan sumbangan tanpa mengira agama, kaum dan golongan, asalkan mereka yang memerlukan bantuan tidak tersisih.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN KEPADA GURU MENGAJAR & BERKHIDMAT DI TEMPAT IBADAT

Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah:

  • Membantu golongan guru dan mereka yang berkhidmat di masjid, surau, kuil, tokong dan gereja yang hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP.

JUMLAH BANTUAN KEPADA GURU MENGAJAR DI MASJID, SURAU, KUIL, TOKONG & GEREJA

Terkini, Ustaz Ebit Lew telah mengumumkan untuk menghadiahkan sebanyak:

  • RM500 / seorang

Wang tersebut akan dihadiahkan kepada:

  • 400 orang guru agama di tempat ibadat seperti masjid, surau, kuil, tokong dan gereja.

Jumlah keseluruhan pemberian ini adalah sebanyak RM200,000 dan ianya diberikan kepada mereka yang hilang punca pendapatan.

Baca juga: Bantuan Guru Agama Kampung Lembaga Zakat Negeri Kedah. Mohon Sekarang

CARA MENDAPATKAN PEMBERIAN RM500

Untuk mendapatkan pemberian bantuan sebanyak RM500, anda hanya perlu hubungi Ustaz Ebit Lew di nombor:

  • 011 7031 5822

Anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera secara:

  • Whatsapp / telefon

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3980893881940827

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.