Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Guru Agama Kampung Lembaga Zakat Negeri Kedah. Mohon Sekarang

3,153

Guru Agama Kampung juga tidak dilupakan untuk diberikan bantuan untuk memperkasakan ilmu agama di kawasan luar bandar. Oleh itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melanjutkan tarikh permohonan daripada 31 Januari kepada 28 Februari 2021.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah membuka tawaran bantuan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian tahun pertama di IPT dalam dan luar negara melalui Skim Bantuan Awal IPT 2021.

Bagi Guru Agama Kampung yang ingin membuat permohonan bantuan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah, semak syarat kelayakan permohonan disini dan lengkapkan permohonan anda sebelum tarikh tutup.

INFO RINGKAS BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG NEGERI KEDAH 2021

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa peka dan prihatin dalam mengambil berat mengenai guru-guru agama yang mengajar serta menjalankan kerja amal dan dakwah ilmu agama di kampung-kampung kepada masyarakat setempat.

Sehubungan itu Lembaga Zakat Negeri Kedah telah mengambil inisiatif berterusan bagi membantu guru-guru agama ini dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan melalui Bantuan Guru Agama Kampung Tahun 2021.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG 2021

Tarikh tutup permohonan Bantuan Guru Agama Kampung 2021 ialah:

  • 28 Februari 2021

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG NEGERI KEDAH

Syarat kelayakan untuk Bantuan Guru Agama Kampung ialah:

  • Pemohon mestilah berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Pemohon mestilah mengajar dan bermastautin di Negeri Kedah.
  • Masa mengajar tidak kurang 1 jam, pelajar sekurang-kurangnya 10 orang dan tidak kurang 12 kali mengajar setahun.
  • Borang permohonan ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat tempat tinggal sebelum atau pada 28 Februari 2021.
Nota: Lembaga Zakat Negeri Kedah berhak menolak borang yang lewat, tidak lengkap dan butiran yang tidak benar.

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Borang pengesahan pendapatan/slip gaji.
  • Salinan akaun bank (selain ASB dan Tabung Haji).
  • Pengesahan salinan dokumen oleh Imam atau Penolong Amil kariah tempat tinggal.

TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG

Bantuan guru agama kampung ini akan diagihkan pada:

  • Bulan Ramadhan 1442 H

Bantuan Guru Agama Kampung Lembaga Zakat Negeri Kedah. Mohon Sekarang

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG

Terdapat 3 kaedah untuk membuat permohonan Bantuan Guru Agama Kampung iaitu:

Manual

  • Hadir ke Lembaga Zakat Negeri Kedah, bawa bersama dokumen sokongan, lengkapkan borang dan terus hantar permohonan.

QR Code

  • Anda juga boleh scan QR Code yang tertera di poster dalam portal Zakat Kedah bagi akses langsung muat turun borang

Online

Bantuan Guru Agama Kampung Lembaga Zakat Negeri Kedah. Mohon Sekarang

  • Muat turun borang dan lengkapkan permohonan anda.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN GURU AGAMA KAMPUNG

Anda juga boleh muat turun borang permohonan anda di sini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Guru Agama Kampung di:

  • Talian bebas tol: 1-800-88-1740
  • Telefon: 04 733 1740
  • Faks : 04 731 6280
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...