Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM1,000 Buat Siswa Baharu Anak Selangor (HPIPT). Mohon Segera

1,697

Anak-anak Negeri Selangor yang akan menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi boleh membuat permohonan intensif Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) sebanyak RM1,000.

Pernyataan mengenai intensif RM1,000 ini telah dimakluman oleh Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari menerusi laman Twitternya.

Dapatkan cara mohon, serta syarat kelayakan untuk memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) melalui perkongsian ini.

Baca juga: Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

TARIKH BUKA PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan mulai:

  • 1 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021

RM1,000 Buat Siswa Baharu Anak Selangor (HPIPT). Mohon Segera

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Semak syarat kelayakan permohonan RM1,000 buat siswa baharu anak Selangor (HPIPT) seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Negeri Selangor atau telah bermaustatin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
  • Telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA/IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda/Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  • Pemohon adalah pelajar Tahun Pertama pengajian.
  • Pemohon mempunyai Siil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Jumlah pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

CARA MOHON RM1,000 SISWA BAHARU ANAK SELANGOR (HPIPT)

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

DAFTAR PENGGUNA

  • Klik: https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/
  • Klik PERMOHONAN HPIPT dan klik DAFTAR BAHARU untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  • Tanda pada kotak pengakuan dan klik DAFTAR AKAUN BAHARU.
  • Kotak mesej akan keluar dan klik TUTUP.
  • Seterusnya anda di bawa pada bahagian LOG MASUK dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan KATA LALUAN yang telah anda daftarkan.

LOG MASUK

  • Setelah log masuk, klik KEMASKINI PERMOHONAN dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Klik HANTAR KEPADA URUSETIA, CETAK PERMOHONAN anda untuk simpanan anda.
  • Hantar dokumen permohonan yang lengkap di alamat berikut:Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S,
    40503 Shah Alam, Selangor

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Untuk lengkapkan permohonan anda, sila muat naik dokumen berikut secara online:

  • Sijil Kelahiran
  • Kad pengenalan (Salinan MyKad pemohon dan ibu bapa)
  • Surat pengesahan pemaustatin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi yang lahir luar Selangor)
  • Surat tawaran dari IPT
  • Sijil berhenti sekolah (sekolah rendah dan sekolah menengah)
  • Surat akaun pendapatan ibu bapa (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara, perlu diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi/Ketua Kampung sahaja) atau kad pesara & penyata bayaran pencen ibu bapa (jika pesara kerajaan)
  • Salinan penyata akaun bank pemohon

KAEDAH PEMBAYARAN

Permohonan yang lulus akan dikreditkan pembayaran wang RM1,000 ke dalam akaun bank seperti yang telah didaftarkan semasa permohonan dilakukan.

Semak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh permohonan anda dihantar.

RM1,000 Buat Siswa Baharu Anak Selangor (HPIPT). Mohon Segera

Baca juga: MAIWP: Cara Mohon Bantuan Am Pelajaran IPT

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai HPIPT Selangor, sila hubungi Urus Setia HPIPT Selangor di:

  • 03-5544 7385 / 03-5521 2306
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...