Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tips Mudah Untuk Lulus Permohonan Kad Kredit Anda

1,331

Anda ingin memohon kad kredit untuk kegunaan anda? Namun anda teragak-agak untuk memohon kerana tidak pasti sama ada permohonan anda akan lulus atau tidak.

Jika anda benar-benar ingin memohon kad kredit, disini dikongsikan 5 tips untuk lulus permohonan kad kredit anda.

5 Tips Lulus Permohonan Kad Kredit Anda

Berikut adalah 5 tips untuk lulus permohonan kad kredit anda.

1. Dapatkan Salinan Laporan Kredit

  • Pihak bank membuat penilaian permohonan anda melalui salinan laporan kredit anda dari  Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), yang diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia.
  • Anda sendiri juga boleh mendapatkan salinan laporan kredit atau sejarah kredit anda melalui CTOS iaitu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia.

ccris report

ctos range

2. Perbaiki Markah Laporan Kredit

  • Hubungi Biro Kredit dengan segera sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau percanggahan di dalam laporan kredit dan minta supaya ianya diperbetulkan. Sediakan dokumen sokongan sebagai bukti bahawa anda telah menyelesaikan sebarang hutang atau bayaran yang muncul pada laporan kredit anda.
  • Lakukan pembayaran yang tepat untuk bil utiliti seperti Unifi, TNB dan Astro agar rekod kewangan anda baik dan cantik. Anda perlu tahu bahawa pembayaran bil-bil  juga akan dimasukkan ke dalam laporan kredit anda. .

setel loan

Copy of Tips Mudah Untuk Lulus Permohonan Kad Kredit Anda

3. Ketahui Pendapatan Tahunan Minima Yang Diperlukan

  • Setiap kad kredit di pasaran mempunyai keperluan minima pendapatan tahunan untuk layak memiliki kad tersebut.
  • Jika pendapatan tahunan anda rendah, anda boleh memohon kad emas kerana ianya mempunyai syarat pendapatan minimum yang lebih rendah.
  • Bagi anda yang berpendapatan tahunan yang lebih tinggi,anda boleh memohon kad kredit premium, sesuai dengan syarat yang diperlukan.

salary

4. Semak Borang Permohonan

  • Permohonan anda untuk kad kredit akan ditolak kerana anda membuat kesilapan dalam borang permohonan.
  • Semak semua borang permohonan sebelum menyerahkannya kepada pihak bank, terutamanya jika anda memohon untuk kad kredit secara online.

credit card application

5. Dapatkan Pengalaman Pekerjaan Secukupnya

  • Pastikan anda telah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan atau 1 tahun supaya permohonan anda mempunyai peluang yang cerah untuk diluluskan.
  • Bank boleh menggagalkan permohonan anda sekiranya pengalaman kerja anda tidak memenuhi syarat sekiranya anda baharu sahaja memulakan pekerjaan.

working

Pastikan anda mengikut tips yang telah diberikan kerana pihak bank telah mengambil risiko apabila memberikan kad kredit kepada setiap individu yang memohonnya. Pastikan anda mampu dan bersedia sebelum memohon kad kredit untuk mengelakkan anda terbeban dengan hutang yang akan muncul. Sekiranya kad kredit sangat penting sebagai keperluan anda, gunakan dengan sebaiknya.

Semoga dengan perkongsian ini membantu anda untuk lulus permohonan kad kredit dengan mudah dan bermanfaat buat anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...