Nak pergi shopping, nak kerja tapi pengasuh yang lama dah tak buat perkhidmatan asuh anak-anak.
Kalau macam tu, anda boleh gunakan salah satu daripada perkhidmatan pengasuh anak-anak disini. Katanya sangat TRUSTED!
Tak percaya? Seorang pengguna, Mai yang telah menggunakan perkhidmatan ini telah berkongsikan pengalaman beliau dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
2 SERVIS PENJAGAAN ANAK
Isi Kandungan
Apakah 2 perkhidmatan penjagaan anak yang dikongsikan oleh Mai? Untuk pengetahuan anda, 2 perkhidmatan penjagaan anak tersebut ialah:
- Kiddocare
- Sitly
PENGALAMAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN ANAK
Pengalaman Mai menggunakan perkhidmatan penjagaan anak ialah:
1. Kiddocare
- Anda boleh dapatkan perkhidmatan Kiddocare secara online sahaja.
- Booking mestilah dibuat lebih awal ya!
- Jangan last minute kerana ia agak sukar untuk dapatkan pengasuh yang available dalam masa tersebut.
- Harga yang diletakkan adalah seperti berikut:
a) RM60-2 jam
b) RM90- 4 jam
c) RM120-6 jam
d) RM150-8 jam
e) RM180-10 jam
f) RM230-12 jam - Agak mahal? Tapi sangat berbaloi.
Boleh je nak booked melalui Instagram tau! Klik kat sini.
2. Sitly
- Kalau Sitly ini menurut Mai, request je terus dapat!
- Ada subscription fees, ada banyak jenis harga dan boleh nego ya!
- Walaupun process agak leceh tetapi lebih secure dan senang nak book kerana anda boleh deal secara langsung dengan pangasuh.
- Ikut bajet anda dan pilih mana yang anda rasa sesuai dan meyakinkan.
- Anda boleh baca review daripada pelanggan sebelum ini dan pilih pengasuh anda ya!
Nak booked melalui instagram? Klik je disini.
Mudah betul kalau guna perkhidmatan ni. Jadi, lepas ni parent bolehla dating 3,4 jam bersama. Lepas tu boleh ambil anak dan luangkan masa dengan anak-anak pula.
Bagi yang berminat untuk jadi pengasuh, klik sahaja pautan yang disediakan ya. Tak nak jadi pengasuh tetapi nak kerja lain? Ini platform yang sesuai dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.