Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Kesalahan Utama Yang Selalu Pencari Kerja Buat Dalam Resume. Betulkan Resume Korang Ya!

1,263

Pencari kerja pada masa kini sangat mahir menghasilkan resume yang sangat cantik dan menarik untuk dihantar kepada bakal majikan.

Namun, tidak semua resume yang dihasilkan menepati kehendak bakal majikan kerana mungkin terdapat beberapa kesalahan yang tidak anda sedari.

Selepas ini, anda boleh check apakah kesalahan yang dilakukan sehingga resume anda tidak mendapat perhatian bakal majikan. Adakah resume anda terdapat 3 kesalahan yang dikongsikan ini?

5 JENIS INTERVIEW DI MALAYSIA

Tahu tak? Terdapat 5 jenis interview yang sering diadakan di Malaysia yang anda perlu tahu. Mungkin juga anda telah melalui salah satu daripada 5 jenis interview ini.

Apakah 5 jenis interview tersebut? Interview tersebut ialah:

1. One-To-One Interview

  • Interview jenis ini sangat selalu pencari kerja lalui. Anda juga akan berdepan dengan seorang penemuduga sahaja. Malah ia lebih santai dan soalan yang dikemukakan lebih straight to the point untuk tentukan sama ada anda layak atau tidak untuk memegang jawatan tersebut.

2. Temuduga Panel

  • Selalunya calon temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan berhadapan dengan temuduga jenis ini.
  • Temuduga panel ini akan melibatkan sehingga 3-4 orang panel dari pelbagai jawatan.
  • Setiap panel akan bertanyakan pelbagai jenis soalan mengenai isu semasa, pengetahuan am, pengalaman, pendidikan dan deskripsi tugas.

3. Temuduga Telefon

  • Pada masa kini, temuduga melalui panggilan telefon adalah sangat popular.
  • Namun kemungkinan besar anda akan melalui temuduga yang kedua  secara bersemuka pula.
  • Temuduga jenis ini dilakukan untuk menilai kemahiran bercakap calon untuk menghadapi pelbagai situasi nanti.

4. Temuduga Secara Video

  • Di musim pandemik Covid-19, temuduga secara video lebih popular berbanding temuduga secara bersemuka.
  • Talian internet, audio, kamera dan latar belakang sangat penting untuk temuduga jenis ini.

5. Competency Based Interview

  • Kalau anda nak tahu, temuduga jenis ini biasanya akan dihadapi oleh pencari kerja jenis kemahiran.
  • Penemuduga akan memberikan satu task untuk anda selesaikan.
  • Anda akan dinilai berdasarkan task yang anda siapkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

3 KESALAHAN UTAMA PENCARI KERJA BUAT DALAM RESUME

3 kesalahan utama pencari kerja selalu buat dalam resume ialah:

1. Terlalu Panjang

  • Resume yang terlalu panjang boleh menyebabkan HR malas nak baca resume anda tu nanti.
  • Kadang kala mereka skip membaca resume anda sampai tak jumpa point yang mereka perlukan dari anda.
  • Buang pengalaman dan info yang tidak penting kerana HR memang tak perlukan semua maklumat tersebut.
  • Ringkaskan resume anda dengan meletakkan kemahiran dan pengalaman kerja yang majikan perlukan dan seterusnya menjadikan mereka tertarik dengan anda.

2. Tiada Keywords Penting 

  • Kadangkala dalam iklan kerja kosong, syarikat tersebut telah meletakkan keywords tertentu seperti pekerja yang rajin, mahir menggunakan Excel dan sebagainya. Jadi, rajin-rajin baca iklan yang dipaparkan ya!
  • Gunakan semula keywords tersebut dan masukkan ke dalam resume anda.
  • Bila anda letakkan keywords tersebut, pastinya anda adalah calon pekerja yang dicari-cari!

3. Maklumat Terlalu Ringkas

  • Boleh buat resume yang ringkas, tetapi pastikan ia padat dengan maklumat yang majikan atau HR perlukan.
  • Apabila terlalu ringkas, ia menyebabkan info yang diperlukan tidak sampai sehingga HR dan bakal majikan tertanya-tanya apakah pengalaman dan kemahiran yang ada pada calon pula.
  • Info yang lengkap menyebabkan HR tertarik untuk tahu lebih lanjut tentang anda, merasakan anda adalah calon yang sesuai, memanggil anda untuk temuduga seterusnya jadikan anda staf yang mereka cari selama ini.

Mudah je kan? Boleh buka laptop masing-masing dan buat pembetulan. Lepas tu update sebelum hantar kepada syarikat untuk mohon kerja.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan tips-tips menghasilkan resume yang winning dimata bakal majikan anda seperti berikut:

Untuk info berkaitan dengan tips temuduga dan sebagainya pula, anda boleh terus rujuk di laman web:

Dah tahu tu, kongsikan dengan rakan yang lain. Hebahkan pada yang lain ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...