Sediakan 4 Dokumen Ini Untuk Permohonan Gantian IC Hilang Serta Semak Cara Mohon IC Baru Disini

Tiba-tiba anda dapati dompet anda hilang ketika nak buat pembayaran di kaunter.

Apa yang merisaukan, kad bank, kad pengenalan dan lesen memandu kerana ia merupakan satu dokumen yang sangat penting untuk sebarang urusan.

Jangan risau ya, sediakan 4 dokumen penting ini dan buat permohonan gantian ic anda yang hilang di Jabatan Pendaftaran Negara.

4 DOKUMEN PERMOHONAN GANTIAN IC

Siapkan 4 dokumen penting ini sahaja untuk permohonan gantian IC anda. Kemudian barulah hadir ke JPN yang terdekat dengan anda.

4 dokumen tersebut ialah:

  • Surat pengesahan / kad kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli / penghulu / ketua kampung / ketua kaum / pejabat daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU))
  • Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Bomba dan Penyelamat / penghulu / ketua kampung / ketua kaum / pejabat daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam)
  • Bagi kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan kad pengenalan yang hilang.
  • Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari penghulu/ ketua kampung/ tuai rumah / ADUN / ahli parlimen / majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

CARA MOHON

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan gantian IC yang telah hilang?

Ikuti langkah-langkah permohonan gantian IC yang ditetapkan oleh JPN seperti berikut:

  • Hadir ke mana-mana cawangan JPN yang terdekat dengan anda.
  • Kemukakan laporan polis untuk kes kehilangan MyKad akibat jenayah bagi kehilangan pertama kali dan seterusnya. Untuk kehilangan IC akibat kecuaian sendiri, laporan polis juga diperlukan oleh pihak JPN bagi kehilangan kali kedua dan seterusnya.
  • Pastikan laporan polis yang dibuat menyatakan butir-butir kejadian dan mengandungi maklumat MyKad yang hilang.

BAYARAN

Jumlah bayaran yang perlu anda bayar adalah seperti berikut:

WARGANEGARA

Sediakan 4 Dokumen Ini Untuk Permohonan Gantian IC Hilang Serta Semak Cara Mohon IC Baru Disini

BUKAN WARGANEGARA

Boleh tahan harga bayaranya ya!

Oleh itu, anda perlu menjaga kad pengenalan anda dengan sebaik-baiknya agar tidak hilang melainkan akibat kecurian, rompakan dan sebagainya.

Sediakan 4 Dokumen Ini Untuk Permohonan Gantian IC Hilang Serta Semak Cara Mohon IC Baru Disini

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.