Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Buat 6 Benda Ini Sekiranya Kad Bank Anda Hilang! Buat Cepat Sebelum Duit Anda Licin

1,248

Mana pula dompet ni? Alamak! Mungkin dompet tercicir semasa mengisi minyak sebentar tadi.

Apa yang anda perlu lakukan kerana semua kad bank ada dalam dompet? Risau pula nanti semua duit yang dalam bank lesap macam tu je!

Jangan panik, lakukan 6 benda ini sekiranya kad bank anda hilang agar wang anda tidak lesap begitu sahaja!

KAD BANK MASA KINI

Untuk pengetahuan anda, kad bank pada masa kini merupakan kad debit dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa perlu mengeluarkan wang sekiranya anda membuat pembelian.

Malahan anda boleh membuat pembayaran menggunakan Paywave tanpa perlu menggunakan sebarang nombor pin.

Ia sangat memudahkan dan ada keburukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Baca juga: Terkini Dari Maybank, Ini Cara Yang Lebih Selamat Untuk Anda Melakukan Transaksi Secara Online

BUAT 6 BENDA IN JIKA KAD BANK HILANG

Jika anda mendapati kad bank anda hilang, lakukan 6 perkara ini agar wang anda di dalam bank lesap begitu sahaja.

6 benda yang anda perlu buat sekiranya kad bank anda hilang ialah:

CARI SEMULA

  • Pastikan anda mencari semula kad bank ada sama ada benar-benar hilang atau tidak. Melainkan dompet anda dicuri atau tercicir.

SEMAK TRANSAKSI SECARA ONLINE

  • Buka online banking anda dan check sama ada terdapat transaksi atau tidak.
  • Jika ada, buat catatan seperti jumlah transaksi, masa dan tarikh untuk tujuan report kepada pihak bank.

TELEFON CUSTOMER SERVICE

  • Ini yang paling penting! Telefon customer service bank anda dan nyatakan kepada mereka bahawa kad anda telah hilang.
  • Pihak bank akan membatalkan urusan kad anda dan menyekat segala urusan/transaksi yang tidak sepatutnya dilakukan sepanjang kad anda hilang.
  • Jangan risau, kada anda boleh dibuat semula dan ciptakan pin baharu dan berlainan daripada kad bank sebelum ini.

SEDIA DOKUMEN 

  • Sediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan oleh pihak bank untuk membuat kad baharu.
  • Dokumen yang diperlukan kebiasaannya ialah salinan kad pengenalan, laporan polis serta sijil kelahiran. Sediakan salinan dan sijil asal ya!

LAPORAN POLIS

  • Pastikan anda hadir ke balai polis untuk membuat laporan iringan.
  • Kadangkala pihak bank meminta pelanggannya untuk memberikan laporan polis sekiranya ingin membuat kad baharu sekiranya hilang dicuri dan sebagainya.

HADIR KE BANK

  • Setelah semua persiapan dilakukan, anda digalakkan untuk hadir ke cawangan bank yang terdekat.
  • Sediakan beberapa wang tunai dengan tujuan caj untuk menyediakan kad bank yang baharu. Setiap bank tidak sama cajnya.

Buat 6 Benda Ini Sekiranya Kad Bank Anda Hilang! Buat Cepat Sebelum Duit Anda Licin

Baca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak/Tamat Tempoh Secara Online

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan bertindak dengan dengan segera agar wang anda di dalam bank tidak lesap.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...