Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terkini Dari Maybank, Ini Cara Yang Lebih Selamat Untuk Anda Melakukan Transaksi Secara Online

1,598

Setiap hari pastinya ada sahaja berita mengenai individu yang ditipu melalui modus operandi SMS TAC dan ianya melibatkan kerugian yang terlalu banyak dengan 1 transaksi.

Namun adakah SMS TAC Maybank ini tidak bagus? Ia bagus cuma untuk memastikan keselamatan transaksi lebih baik, anda boleh mencuba kaedah lain yang jauh lebih selamat.

Apakah alternatif yang boleh digunakan selain daripada SMS TAC yang sedang digunapakai sekarang ini?

SECURE2U

Antara alternatif yang anda boleh gunakan selain SMS TAC, anda juga boleh menggunakan kaedah Secure2u Maybank2u.

Apa itu Secure2u?

Ianya merupakan cara yang lebih selamat yang membenarkan transaksi Maybank2u dengan menggunakan:

  • Secure Verification (one-tap approval)
  • Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih)

Kaedah ini tersedia di kedua-dua aplikasi MAE & aplikasi Maybank2u (M2U) MY.

CARA DAFTAR SECURE2U

Anda boleh membuat pendaftaran melalui:

1. APLIKASI MAE

  • Buka aplikasi MAE pada telefon anda dan pergi ke bahagian MORE.
  • Pilih Secure2u.

  • Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian pengesahan bagi mengaktifkan Secure2u

  • Selesai sahaja Secure2u diaktifkan, nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.

  • Masukkan nombor OTP tersebut dan tunggu untuk pengesahan seterusnya

  • Kemudian, masukkan pula nombor ID anda.
  • Klik CONTINUE.

  • Seterusnya, masukkan nama telefon yang anda gunakan sekarang.
  • Klik CONTINUE.

  • Secure2u telah berjaya didaftarkan.

2. M2U MY

  • Log masuk Maybank2U anda.

  • Klik MENU dan pilih Secure2u

  • Klik NEXT selepas selesai membaca apa itu Secure2u.

  • Sahkan nombor telefon anda dan masukkan nombor OTP yang dihantar.

  • Pada bahagian ini masukkan nombor ID dan nama telefon pintar anda.

  • Pendaftaran Secure2u di akaun M2U anda telah berjaya!

Selepas ini anda boleh membuat transaksi dengan mudah dan klik APPROVE setelah mendapati transaksi tersebut adalah dari anda.

Jika transaksi tersebut bukan dari anda, klik REJECT.

Mudah dan selamat bukan?

Baca juga: Cara Daftar MAE Maybank, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Secure2u Maybank di laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...