Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tanpa Deposit! 4 Syarat Utama Mohon Daftar Haji Guna KWSP Terkini

2,015

Kalau sekarang ini semua orang tumpukan mengenai pengeluaran wang iCitra untuk kelangsungan hidup, bagi anda yang tidak membuat pengeluaran dan untuk kegunaan lain, sudah boleh tumpukan pada agenda yang lain pula.

Mungkin ada yang ingin mengerjakan haji dalam usia yang masih muda, anda boleh membuat pendaftaran Haji melalui KWSP pula. Tak perlu simpanan RM1,300 dalam akaun Tabung Haji pun dah boleh daftar Haji tau!

Hanya ada 4 syarat utama sahaja dan pastinya ianya adalah tanpa deposit!

4 SYARAT UTAMA DAFTAR HAJI MELALUI KWSP TERKINI TANPA DEPOSIT

Terdapat 4 syarat utama membuat pendaftaran Haji melalui KWSP yang terkini tanpa deposit ialah:

1. PENYATA KWSP

  • Buka akaun KWSP anda secara online di i-Akaun KWSP dan cetak penyata KWSP anda yang terkini atau juga boleh cetak di mana-mana kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda.

2. DAFTAR HAJI

  • Buat pendaftaran Haji di:
    a) Kaunter Mudah Alih TH
    b) Rakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic)
    c) Laman web THiJARI
    d) Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919

3. DOKUMEN

  • Pastikan anda mengemukakan 2 dokumen berikut untuk membuat pendaftaran Haji melalui KWSP iaitu:
    a) Kad pengenalan
    b) Penyata ahli KWSP

4. PENGESAHAN

  • Anda perlu membuat pengesahan seperti tandatangan dan cop jari setelah membuat pendaftaran Haji.
  • Giliran tahun menunaikan Haji akan diberikan kepada anda.

PENDAFTARAN HAJI MELALUI KWSP SEBELUM INI

Sebelum ini anda boleh membuat pendaftaran Haji melalui KWSP dengan syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Sudah mempunyai akaun Tabung Haji
  • Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
  • Belum mencapai umur 55 tahun.

daftar haji melalui kwsp

Nota: Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang bayaran dan tiada penolakan wang dilakukan melalui akaun Tabung Haji anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut mengenai pendaftaran Haji melalui KWSP dengan 4 syarat utama serta tanpa deposit sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...