Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Tips Berguna Membantu CV Anda Mendapat Perhatian Bakal Majikan Pada Masa Kini

476

Pada masa kini boleh dikatakan pencari kerja bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan jawatan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Untuk menjadikan resume atau CV anda mendapat perhatian daripada bakal majikan, anda perlu ikuti 4 tips yang dikongsikan oleh Ts.Md Ikram Md Adnan melalui LinkeIn.

Tak salah mencuba dan sudah pasti tips yang dikongsikan ini sangat berguna anda semua!

PENGALAMAN PANEL PENEMUDUGA

Berdasarkan pengalaman Ts.Md Ikram Md Adnan melalui temuduga yang dijalankan, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh calon temuduga terutama sekali pada bahagian teknikal kerana beliau merupakan seorang pengurus atau ketua bahagian/pasukan yang terlibat dalam membuka kekosongan kerja, membuat saringan ribuan calon temuduga dan menjadi panel temuduga selama berbelas tahun.

Beliau juga mengingatkan bahawa setiap majikan mungkin mempunyai proses berbeza tetapi secara asasnya agak serupa iaitu anda semua perlu melepasi proses saringan awal untuk melayakkan permohonan anda dipertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya.

4 TIPS BERGUNA BANTU CV DAPAT PERHATIAN MAJIKAN

Ts.Md Ikram Md Adnan berkongsikan 4 tips berguna yang dapat membantu CV pencari kerja terutamanya dalam bidang teknikal dan tips-tips tersebut ialah:

1. CV Boleh Dimuat Turun & Mudah Dibaca

  • Pastikan anda menghantar CV dalam format yang boleh dimuat turun dan mudah dibaca oleh bakal majikan anda. Jadi, save CV anda dalam bentuk PDF.
  • Letakkan nama fail dengan jelas dan masukkan nama anda sekali seperti contoh berikut: CV_TraineeEngineer_AliasFaisal
  • Jadikan fail anda dalam 2MB hingga 3MB sahaja. Fail terlalu besar boleh menyebabkan penerima email kadangkala tak boleh buka fail anda hantar.
  • Sama seperti menghantar resume melalui emel, pastikan anda menulis kata-kata aluan, pengenalan diri dan tujuan anda menghantar CV tersebut,. Tak perlu terlalu panjang, ringkas dan sopan sudah memadai.
  • Gunakan font yang senang dibaca dan menggunakan size font yang bersesuaian.

2. Kriteria Kerja Diiklankan Dipenuhi & Jelas

  • Baca kriteria kelayakan pada iklan. Jika anda memenuhi kriteria yang ditetapkan, buat permohonan.
  • Seterusnya update CV anda dengan menunjukkan bahawa kelayakan anda memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.
  • Contoh: Dalam mukasurat pertama selepas maklumat peribadi, terus tulis tahap Pendidikan (ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal), CGPA (3.0) dan pengalaman kerja. Kemudian barulah diikuti dengan perkara-perkara lain.
  • Kalau tiada kriteria kelayakan pada iklan? Isi CV anda dengan meletakkan maklumat berkaitan sejarah jawatan dan tanggungjawab, pengalaman kerja, kemahiran, taraf pendidikan dan pencapaian anda sebelum ini.
  • Masukkan maklumat kerjaya dan pendidikan secara reverse chronology kerana ia lebih relevan kepada bakal majikan untuk melihat pencapaian calon yang terkini.

3. Tulis Pencapaian Terbaik/Kegiatan Secara Objektif

  • Maksud objektif disini, anda masukkan maklumat dengan meletakkan nilai yang nyata seperti nombor atau fakta.
  • Kemudian, anda mesti mengenalpasti dan nyatakan pencapaian terbaik anda sebelum ini.
  • Graduan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, masukkan penglibatan anda dalam bidang ko-kurikulum, sukan, persatuan, khidmat sosial atau lain-lain.

4. Hantar Permohonan Terus Kepada Hiring Manager

  • Anda boleh membuat panggilan telefon untuk tahu siapakah Hiring Manager dalam syarikat tersebut.
  • Setelah tahu, anda boleh hantar terus permohonan kerja kepada Hiring Manager melalui emel sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan yang diperlukan.
  • Cuma anda dinasihatkan supaya tidak terlalu kerap menghantar CV kepada Hiring Manager atau bertanyakan kerja kosong sehingga mereka rasa annoying pula dengan anda. Last-last peluang kerja pun hilang macam tu saja!

Bagi anda yang ingin dapatkan cover letter yang terbaik untuk jadikan contoh dan rujukan, sila klik sini untuk dapatkannya.

Bagi graduan pula, letakkan 3 orang ini sebagai reference dalam resume anda.

4 Tips Berguna Membantu CV Anda Mendapat Perhatian Bakal Majikan Pada Masa Kini

SUMBER 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...