Siapa yang tak risau apabila aplikasi Whatsapp, Instagram dan Facebook tiba-tiba down? Tambah pula sejak akhir-akhir ini kerap pula jadi macam tu.
Risau juga kalau maklumat yang ada dalam Whatsapp hilang dan habis semua kerja yang penting-penting tak boleh nak discover semula.
Apa yang perlu buat agar semua benda ni tak berlaku? Kalau boleh tak nak maklumat yang ada dalam whatsapp hilang. Malah, tak nak data whatsapp digunakan oleh orang lain. Kalau macam tu, gunakan 4 tips ni agar whatsapp anda kekal selamat dan tak hilang!
PERLINDUNGAN TAMBAHAN WHATSAPP VERSI DESKTOP & WEB
Isi Kandungan
Perlindungan tambahan Whatsapp versi desktop dan web adalah dengan mengaktifkan pengesahan dua langkah atau Two Way Verification.
Ia memang sudah lama ada dalam Whatsapp telefon dan anda hanya perlu tetapkan 6 angka pin sahaja untuk aktifkannya.
Cuma ia tiada dalam aplikasi komputer dan web. Apa yang pasti, rajin-rajin log keluar sebelum anda tinggalkan komputer anda ya!
4 LANGKAH PASTIKAN WHATSAPP SELAMAT
Nak pastikan Whatsapp anda selamat? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda amalkan agar Whatsapp anda selamat. Amalkan tau!
- Jangan sekali-kali berkongsi kod pendaftaran atau pengesahan dua langkah PIN dengan orang lain.
- Aktifkan pengesahan dua langkah dan sertakan bersama alamat emel jika anda terlupa PIN anda.
- Tetapkan kod peranti.
- Sentiasa ambil tahu siapa lagi yang mempunyai akses fizikal kepada telefon anda. Mengapa? Mereka boleh menggunakan akaun WhatsApp tanpa kebenaran anda tau!
Baca juga: Terima Tawaran Kerja Palsu Shopee Melalui SMS Atau Whatsapp? Abaikan! Itu Scammer
Kalau anda rasa nak selamatkan whatsapp anda kekal selamat, rajin-rajin lakukan 4 tips yang dikongsikan ini ya!
Jangan lupa, hebahkan dengan rakan-rakan yang lain tau!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.